|
Bab 1
UNTUK MEMBEBASKAN DIRI DARIPADA
PREJUDIS
Sbahagian besar masyarakat menerima segala yang mereka dengar daripada
saintis sebagai sesuatu yang benar belaka. Tidak terlintas di fikiran
mereka bahawa para saintis juga mungkin prejudis terhadap sesuatu fahaman
atau falsafah. Fakta kebendaan yang dikemukakan oleh evolusionis kepada
masyarakat umum melalui saluran sains, merupakan contoh yang jelas terhadap
ketaksuban mereka terhadap suatu fahaman. Sebagai contoh, walau pun mereka
menyedari bahawa kejadian yang berkecamuk tidak akan menghasilkan apa-apa
melainkan kejanggalan dan kekeliruan, mereka masih mendakwa bahawa aturan,
perancangan dan rekaan mengagumkan yang dapat dilihat pada alam dan hidupan
telah terbentuk secara kebetulan.
Tambahan pula, seorang ahli biologi akan mendapati terdapatnya keseimbangan
yang sukar difahami di dalam molekul protein yang menjadi blok pembinaan
hidupan, maka amat mustahil untuk kita katakan bahawa ianya terjadi secara
kebetulan sahaja. Lebih-lebih lagi, dia mendakwa protein ini berasal daripada
kerak bumi yang primitif dan kemudian terkesan secara kebetulan berbilion-bilion
tahun dahulu. Tidak cukup dengan itu; dia juga mendakwa tanpa ragu-ragu
bahawa tidak hanya satu, tetapi berjuta-juta protein terbentuk secara
kebetulan dan bercantum untuk membentuk suatu sel hidupan yang pertama.
Lebih daripada itu, dia juga berterusan mempertahankan pendapatnya dengan
kedegilan yang tuli. Individu ini adalah seorang saintis "evolusi".
Sekiranya saintis yang sama ini berjumpa dengan tiga bongkah bata bertindan
di antara satu sama lain, ketika berjalan-jalan di suatu lorong, pasti
dia tidak akan beranggapan batu bata ini telah bercantum secara kebetulan
dan merangkak naik antara satu sama lain, juga secara kebetulan. Bukan
itu sahaja, malah sesiapa yang membuat andaian seperti itu akan dianggap
tidak siuman.
Bagaimana mungkin manusia yang dapat berfikiran rasional dalam kes-kes
biasa seperti ini, tetapi berubah menjadi tidak waras apabila memperkatakan
tentang kewujudan mereka sendiri?
Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa sifat ini diterima (secara tidak jujur)
di atas nama sains; sains menuntut pengambilan kedua-dua alternatif untuk
dipertimbangkan apabila terdapat dua kemungkinan yang berbeza di dalam
suatu kes yang sama. Dan sekiranya suatu kemungkinan itu lebih rendah,
seperti hanya satu peratus, maka secara rasional dan saintifiknya diambil
alternatif yang lain, yang kebarangkaliannya adalah 99 peratus, sebagai
alternatif yang sah.
Mari kita teruskan, dengan berpegang kepada asas saintifik ini. Terdapat
dua pandangan yang boleh menjelaskan bagaimana kehidupan boleh wujud di
muka bumi ini; (I) yang pertama ialah semua benda hidup ini telah diciptakan
oleh Allah s.w.t di dalam bentuk struktur yang sempurna, (2) yang kedua
ialah kehidupan ini terbentuk secara tidak sengaja atau secara kebetulan.
Yang kedua ini adalah pendapat teori evolusi.
Jika kita lihat pada data-data saintifik, iaitu biologi molekul sebagai
contoh, kita akan dapati bahawa tidak mungkin sebuah sel - walau hanya
satu daripada berjuta-juta protein yang terdapat di dalam sel - dapat
wujud secara kebetulan, sebagaimana yang didakwa oleh evolusionis. Seperti
yang akan kami terangkan di dalam bab-bab yang seterusnya, perkiraan kebarangkalian
juga telah membuktikannya beberapa kali. Oleh itu, pandangan evolusionis
terhadap pembentukan hidupan mempunyai kebarangkalian sifar untuk menjadi
betul.
Ini bererti pandangan pertama adalah seratus peratus betul. Iaitu kehidupan
ini terjadi secara berencana (bukannya kebetulan). Atau dengan kata lain,
ia telah diciptakan (oleh Allah). Semua benda hidup wujud dengan ciptaan
seorang Pencipta Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Bijaksana dan Yang Maha
Tinggi IlmuNya. Kenyataan ini bukannya suatu andaian, tetapi ia adalah
suatu konklusi yang normal dan dapat diterima oleh akal fikiran, logik
dan sains.
Dalam keadaan ini, para saintis evolusi sepatutnya menarik balik dakwaan
mereka dan menyokong fakta yang telah dibuktikan ini. Jika tidak, maka
ia menunjukkan bahawa dia adalah seorang individu yang mengorbankan sains
untuk kepentingan falsafah, ideologi dan dogmanya , lebih daripada menjadi
seorang saintis yang sejati.
Kemarahan, kedegilan dan prejudis saintis ini makin meningkat dan terus
meningkat setiap kali dia berhadapan dengan kebenaran. Perangainya dapat
dijelaskan dengan sepatah perkataan "kepercayaan" (atau keimanan). Tetapi
ia hanyalah suatu kepercayaan yang membuta tuli, memandangkan tidak terdapat
sebarang keterangan yang boleh diterima untuk membuktikan fakta-fakta
yang hanya direka-reka di dalam imaginasinya sendiri.
Materialisme Tuli
Kepercayaan yang sedang kita perkatakan ini ialah suatu falsafah materialistik,
yang mendakwa bahawa kebendaan wujud setiap masa dan tiada yang lain selain
daripadanya. Teori Evolusi dianggap "asas sains" untuk falsafah materialistik
ini, dan teori ini dipertahankan secara membuta tuli dalam usaha untuk
menyokongnya. Tetapi kini, apabila sains sendiri telah menyanggah kebenaran
teori ini, maka mereka terus menyokongnya hanya untuk mengekalkan kesinambungan
materialisme ini.
Beberapa kenyataan yang ditulis oleh seorang saintis evolusi Turkey yang
terkenal, dapat menunjukkan kepada kita bagaimana mereka membuat ketetapan
yang keliru dan sesuka hati disebabkan oleh kesetiaan mereka (terhadap
teori ini). Saintis ini membincangkan kebarangkalian berlakunya pembentukan
Cytochrome-C sebagai suatu kebetulan. Cytochrome-C ialah enzim terpenting
di dalam pembentukan suatu hidupan. Beliau menerangkan seperti berikut:
Kebarangkalian pembentukan sebuah rangkaian Cytochrome-C adalah mustahil.
Iaitu, sekiranya suatu hidupan berkehendak kepada suatu rangkaian yang
tertentu, dapat dianggarkan ia mempunyai kemungkinan yang sukar untuk
terungkai sekali ke seluruh cakerawala. Melainkan, suatu kuasa metafizik
yang di luar definisi kita telah mengaktifkan formasinya. Untuk menerima
kenyataan ini adalah tidak secocok dengan matlamat sains. Oleh itu, kita
terpaksa melihat kembali kepada andaian yang pertama.
2
Saintis ini mendapati ianya lebih saintifik untuk menerima kebarangkaliannya
sebagai "mustahil" daripada mengakui bahawa ianya adalah suatu ciptaan.
Tetapi berdasarkan undang-undang sains, sekiranya terdapat dua penjelasan
alternatif berkaitan suatu peristiwa dan satu daripadanya adalah "mustahil"
untuk direalisasikan, maka alternatif yang kedua diterima sebagai pandangan
yang sahih. Namun begitu, ketaksuban saintis ini dengan dogma materialistiknya,
telah menolak peranan seorang Pencipta Yang Maha Agung. Ini menyebabkan
mereka menerima sesuatu yang berlawanan dengan sebab musabab.
Mereka yang mempercayai dan meyakini para saintis ini turut terpukau
dan dibutakan oleh sumpahan materialistik yang sama dan terpengaruh dengan
sumpahan yang sama ketika membaca buku-buku dan artikel-artikel mereka.
Michael
Behe: "kebisuan yang memalukan mengelilingi kekompleksitian
sebuah sel"
|
Pandangan dogma materialistik inilah yang menyebabkan sebahagian besar
saintis ternama di dalam bidang ini adalah ateis (tidak beragama). Mereka
yang bebas daripada sumpahan ini dan berfikiran terbuka, pastinya tidak
akan teragak-agak untuk menerima kewujudan seorang Pencipta. Seorang pakar
biokimia Amerika, Dr. Michael J. Behe, merupakan seorang saintis terkemuka
yang menyokong "penciptaan bijaksana" (intelligent design) yang sejak
kebelakangan ini mula diterima. Beliau menggambarkan para saintis yang
menolak kepercayaan terhadap suatu "rekaan" atau "ciptaan" organisma hidup
ini seperti berikut;
Lebih empat dekad, biokimia moden masih belum dapat mengesan rahsia sel.
Ia menuntut berpuluh ribu orang untuk mengorbankan sebahagian hidup mereka
untuk bekerja di dalam makmal-makmal yang membosankan. Hasil kumulatif
ini adalah untuk mengkaji sel tersebut - mengkaji kehidupan pada peringkat
molekul - ia amat jelas, ia adalah suatu "ciptaan". Natijah ini amat jelas
dan penting yang mesti dicatatkan sebagai bahan penting di dalam sejarah
sains… Selain daripada pelik, kebisuan yang memalukan mengelilingi kekompleksitian
sebuah sel. Kenapa komuniti sains tidak segera menerima penemuan nekad
ini? Mengapakah pemerhatian rekaan dikendalikan dengan sarung tangan intelektual?
Dilemanya ialah bahawa apabila sebelah gajah dilabelkan oleh rekaan bijaksana,
sebelah yang satu lagi pula pasti telah dilabelkan olehTuhan. 3
Richard Dawkins, sibuk mempropagandakan evolusi.
|
Ini adalah bahaya yang dibawa oleh para saintis evolusi yang berfahaman
ateis yang sering kamu lihat di dalam majalah-majalah dan televisyen dan
kamu mungkin telah membacanya di dalam berbagai-bagai jenis buku. Semua
kajian saintifik telah membuktikan kewujudan seorang Pencipta. Tetapi
sehingga kini, mereka masih dibutakan oleh dogma materialistik yang menyebabkan
mereka terus menafikan kebenaran ini.
Mereka yang menolak keterangan dan bukti-bukti jelas daripada Pencipta
ini menjadi sepenuhnya tidak peka. Terperangkap oleh ketidakyakinan kepada
diri sendiri yang terkesan daripada sifat ketidakpekaan ini, akhirnya
mereka mungkin akan menyokong suatu perkara yang mustahil sebagai sesuatu
yang mulia. Satu contoh yang terbaik ialah seorang evolusionis yang terkemuka,
Richard Dawkins yang menyeru kepada orang-orang Kristian supaya tidak
beranggapan bahawa mereka telah melihat sebuah mukjizat sekali pun mereka
telah melihat tugu Mariam Si Dara (Virgin Mary) melambai kepada mereka.
Menurut Dawkins, "Mungkin atom-atom tangan tugu tersebut telah bergerak
pada arah dan masa yang sama - sebuah kejadian yang sukar untuk berlaku,
tetapi tidak mustahil". 4
Pemikiran orang-orang yang tidak beriman ini telah wujud di dalam sejarah.
Di dalam al-Quran ia diungkapkan seperti berikut;
Dan jika Kami turunkan malaikat pun kepada mereka, dan
orang-orang yang mati (hidup semula lalu) berkata-kata dengan mereka,
dan kami himpunkan pula tiap-tiap sesuatu di hadapan mereka (untuk menjadi
saksi tentang kebenaran Nabi Muhammad), nescaya mereka tidak juga akan
beriman, kecuali jika dikehendaki Allah; tetapi kebanyakan mereka tidak
mengetahui (hakikat yang sebenar). (Surah Al-An'aam:111)
Ayat di atas telah membuktikan dengan jelas bahawa pemikiran evolusionis
ini bukan sebuah jalan pemikiran yang asal, walaupun ia pelik pada mereka.
Kenyataannya, apa yang dipegang oleh para evolusionis ini bukan sebuah
pemikiran sains moden tetapi hanyalah sebuah pengingkaran yang telah dianuti
oleh komuniti-komuniti orang-orang pagan* yang tidak bertamadun.
Pemikiran yang sama telah diterangkan di dalam ayat lain di dalam al-Quran:
Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit,
kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan
mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada).Tentulah mereka akan (mengingkari
kenyataan yang benar itu dengan) berkata: "Hanya mata kami telah disilapkan
penglihatannya bahkan kami adalah kaum yang telah disihirkan (oleh Muhammad)".
(Surah Al-Hijr:14-15)
Pendoktrinan Massa Evolusionis
Seperti yang telah digariskan di dalam ayat-ayat di atas, salah satu
sebab mengapa manusia tidak dapat melihat hakikat kewujudan mereka adalah
disebabkan oleh sejenis "sumpahan" yang menyekat kewarasan mereka. Ia
adalah "sumpahan" yang sama yang telah mendasari penerimaan masyarakat
dunia terhadap teori evolusi. Apa yang kami maksudkan dengan sumpahan
ialah keadaan yang terhasil daripada pendoktrinan (indoctrination). Masyarakat
telah didedahkan kepada berbagai pendoktrinan tentang betapa tepatnya
teori evolusi ini sehinggakan mereka tidak menyedari penipuan yang wujud.
Pendoktrinan ini menghasilkan kesan negatif kepada otak dan menggagalkan
fungsi pertimbangan akal. Akhirnya, otak yang diasak dengan doktrin ini
mulai menerima kenyataan tersebut bukan kerana keadaannya tetapi sebagaimana
yang telah didoktrinkan. Fenomena ini dapat dibuktikan dengan contoh-contoh
lain. Umpamanya, jika seseorang telah dipukau (hipotesis) dan didoktrinkan
bahawa katil yang dia tidur itu adalah sebuah kereta, maka dia akan menerima
katil itu sebagai sebuah kereta selepas sesi hipotesis tersebut. Dia merasakan
ianya adalah sangat logik dan rasional kerana dia melihat sebegitu dan
tidak merasa ragu bahawa dia adalah betul. Contoh di atas ini, yang menunjukkan
keberkesanan dan kuasa mekanisme pendoktrinan, adalah realiti sains yang
telah dibuktikan oleh banyak eksperimen yang telah dicatatkan di dalam
kebudayaan sains dan adalah santapan harian psikologi dan buku-buku teks
psikiatri.
Teori evolusi dan pandangan dunia materialistik yang berlandaskan kepadanya
telah melakukan asakan ke atas massa dengan metode-metode seperti ini.
Masyarakat yang terus menerus berhadapan dengan pendoktrinan evolusi di
dalam media, sumber-sumber akademik, dan platform-platform "sains", tidak
menyedari bahawa penerimaan teori ini sebenarnya bertentangan dengan kebanyakan
prinsip-prinsip asas sebab musabab. Pendoktrinan yang sama telah memerangkap
ramai para saintis. Mereka yang baru memulakan langkah dalam karier sains
telah mengambil pandangan dunia materialis ini sedikit demi sedikit. Terpesona
dengan sumpahan ini, ramai saintis evolusionis meneruskan pencarian kepada
pengesahan/pengukuhan saintifik kepada dakwaan evolusionis kurun ke-19
yang tidak rasional dan kuno ini, yang telah lama disanggah oleh bukti-bukti
sains.
Terdapat juga mekanisme-mekanisme tambahan yang mendorong saintis untuk
menjadi evolusionis dan materialis. Di negara-negara Barat, seorang saintis
perlu menerima beberapa standard untuk diketengahkan, untuk menerima pengiktirafan
akademik, atau untuk membolehkan artikelnya diterbitkan di dalam jurnal-jurnal
sains. Penerimaan terhadap teori evolusi merupakan di antara kriteria-kriterianya.
Sistem ini telah mengakibatkan saintis-saintis ini mengorbankan seluruh
hidup mereka dan karier sains mereka semata-mata hanya untuk sebuah kepercayaan
palsu ini.
Ini adalah kenyataan yang terus berada di belakang dakwaan "evolusi masih
diterima oleh dunia sains". Evolusi masih hidup hingga kini bukan kerana
ia mempunyai nilai saintifik, tetapi kerana ia adalah sebuah obligasi
(tanggungjawab) ideologi. Tidak ramai saintis yang menyedari kenyataan
ini dapat bangun menegaskan bahawa... Raja sebenarnya tidak memakai sebarang
pakaian.
Di dalam bab-bab berikutnya, kami akan mengemukakan penemuan-penemuan
sains moden yang telah membuktikan kehancuran kepercayaan evolusi ini
dan menunjukkan bukti-bukti yang jelas terhadap kewujudan Allah. Para
pembaca akan mendapati bahawa teori evolusi sebenarnya adalah sebuah penipuan
- penipuan yang telah dipercayai oleh sains di setiap peringkat tetapi
menyokong penutupan kebenaran penciptaan. Apa yang diharapkan daripada
pembaca ialah supaya kita dapat sedar daripada sumpahan yang membutakan
minda-minda manusia dan menyekat kebolehan mereka untuk menghukum dan
ia akan membalas dengan serius terhadap apa yang berkaitan dengan buku
ini.
Sekiranya dia melepaskan dirinya daripada sumpahan ini dan berfikir dengan
jelas, bebas, dan tanpa sebarang prejudis, dia akan segera menemui kebenaran
dengan sejelas-jelasnya. Kebenaran yang tidak dapat diselindung ini, yang
telah dibuktikan oleh sains moden di dalam semua aspek-aspeknya, ialah
bahawa organisma hidup tidak wujud secara kebetulan tetapi hasil daripada
ciptaan. Manusia akan dapat melihat kebenaran ciptaan ini dengan mudah
apabila dia dapat memikirkan bagaimana dirinya terbentuk, bagaimana dia
telah terbentuk daripada setitis air, atau pun daripada kesempurnaan hidupan
yang lain.
|