BAHAGIAN 1: PENYANGGAHAN DARWINISM
Pengenelen:
Mengapa Teori Evolusi?
Sebahagian masyarakat yang pernah mendengar tentang "Teori Evolusi"
atau "Darwinisme", mungkin menyangka ia hanyalah sebuah konsep
biologi sahaja dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan di dalam kehidupan
mereka. Suatu kesilapan yang besar, kerana ia tidak hanya berkisar dengan
kepentingan biologi sahaja, malah teori evolusi adalah suatu penyelewengan
falsafah yang telah mempengaruhi ramai orang.
Falsafah ini adalah "materialisme", yang mengandungi kepalsuan
tentang bagaimana kita datang (asal kejadian). Matlamat utama materialisme
tiada yang lain melainkan kebendaan dan kebendaan itu adalah intipati
segalanya. Bermula dari persoalan pokok inilah ia telah menolak kewujudan
seorang Al-Khaled (Pencipta), iaitu Allah. Meletakkan segalanya pada status
benda, anggapan ini menjadikan manusia satu makhluk yang hanya mengambil
berat tentang kebendaan dan mengetepikan segala jenis nilai-nilai moral.
Ini adalah permulaan sebuah tragedi yang akan menimpa kehidupan manusia.
Bahaya materialisme tidak hanya terhad kepada individu sahaja, tetapi
ia juga akan menghancurkan nilai-nilai asas yang dipegang oleh sesebuah
negara dan masyarakat, seterusnya membentuk sebuah masyarakat yang tidak
berjiwa dan hilang sentivitinya, sehingga yang menjadi perhatian utama
mereka ialah kebendaan. Memandangkan anggota sesebuah masyarakat itu boleh
menerima fahaman-fahaman yang idea seperti semangat pejuangan, kecintaan
kepada seseorang, keadilan, kemuliaan, kejujuran, pengorbanan, amanah,
atau moral- moral yang baik, susunan masyarakat yang diasaskan oleh individu-individu
ini telah ditakdirkan untuk dimusnahkan dalam masa yang singkat. Dengan
sebab itu, materialisme merupakan satu daripada beberapa bahaya terhadap
nilai-nilai asas politik dan masyarakat sebuah bangsa.
 |
Karl Marx sendiri menjelaskan
bahawa teori evolusi menghasilkan dasar penuh materialisme dan juga
komunisme. Beliau juga menunjukkan rasa simpatinya terhadap Darwin
dengan menyebut di dalam bukunya yang dikira sebagai yang terbaik,
Das Kapital. Di dalam edisi Jerman, beliau menulis; "Daripada
peminat setia Charles Darwin". |
Satu lagi keburukan materialisme ialah anjurannya terhadap keganasan
dan perbalahan yang menyerang sesebuah negara dan masyarakatnya. Komunisme,
pegangan asas ideologi ini, adalah hasil daripada falsafah materialis.
Ia berusaha untuk membasmi fahaman-fahaman suci agama sesuatu negara dan
keluarga, ia mengandungi dasar ideologi bahawa setiap bentuk perbuatan-perbuatan
yang terpisah secara langsung menentang struktur negeriyang bersatu.
Teori evolusi mengandungi asas saintifik materialisme yang menjadi sandaran
fahaman komunis. Dengan merujuk kepada teori evolusi ini, komunis mencari
kebenaran dirinya sendiri dan mendakwa bahawa ideologinya adalah yang
paling tepat dan selamat. Sebab itulah, pengasas komunisme, Karl Marx,
menulis untuk buku Darwin, bertajuk "The Origin of Species"
yang membahaskan dasar teori evolusi, sebagai "… ini adalah buku
yang mengandungi asas sejarah semulajadi untuk panduan kita".
1
Dengan sebab itu, setiap fahaman materialis, yang menjadikan idea-idea
Marx sebagai rujukan, sesungguhnya telah musnah kerana teori evolusi telah
dipatahkan hujahnya melalui kajian sains moden. Sains telah membuktikan
kesilapan teori ini dan akan berterusan membuktikan kesilapan andaian
materialis yang beranggapan bahawa kewujudan itu tidak lain melainkan
suatu benda (jisim), dan membayangkan bahawa setiap kejadian itu terhasil
daripada satu kejadian yang lebih awal daripadanya (berperingkat-peringkat).
Tujuan utama buku ini ialah untuk mendedahkan fakta-fakta saintifik yang
menyanggah teori evolusi di dalam segenap lapangan dan memaklumkan kepada
masyarakat tentang kepalsuan, penipuan dan tujuan sebenar "sains"
(evolusi) ini, yang sememangnya telah jelas sebagai suatu fakta yang sesat.
Perlu ditegaskan di sini, bahawa para ahli evolusi tidak mempunyai jawapan
terhadap buku yang sedang kamu baca ini. Dan mereka sendiri tidak akan
sama sekali cuba untuk menjawabnya kerana ia hanya akan memudahkan masyarakat
mengenal pasti kepalsuan teori mereka ini.
|