Hari Pertama Di Perkhemahan Musim Bunga
Hari pertama perkhemahan ini agak sibuk daripada hari-hari berikutnya
kerana ibubapa Karim perlu memasang sebuah khemah dan mengeluarkan barang-barang
mereka. Ketika mereka telah selesai menyiapkan kerja-kerja mereka, hari
telah pun gelap. Jadi, Karim terpaksa menunggu sehingga pagi esok untuk
melihat keadaan sekelilingnya.
Pagi berikutnya, Karim bangun awal dan membangunkan ayahnya dan mereka
merancang untuk menjelajah perkhemahan tersebut, yang Karim belum pernah
sampai ke sana sebelum ini. Terdapat pokok-pokok besar di merata-rata
tempat. Di sebalik pokok-pokok ini ialah sebatang sungai yang deras dengan
bunga-bunga yang cantik dan berwarna-warni di tebing-tebingnya.
Karim gembira sekali mendengar bunyi air mengalir yang hampir menenggelamkan
kicauan dan decitan lagu burung-burung. Pemandangan yang dilihatnya menyebabkannya
merasa kagum dan mereka berada di sana beberapa lama. Tetapi hari telah
lewat, dan ayahnya memberitahunya bahawa telah tiba masa untuk pulang,
jadi mereka berpatah balik.
Karim memberitahu kakak, abang dan ibunya tentang pemandangan menakjubkan
dan sungai yang telah mereka saksikan. Mereka menyatakan bahawa mereka
juga berminat untuk pergi bersama dengannya esok. Mereka tertanya-tanya
dari manakah bunyi bising itu datang.
Keesokan harinya, Karim, kakak dan abangnya merancang untuk menjelajah
kawasan tersebut. Apabila mereka sampai di tebing sungai, Karim mendapati
beberapa batang pokok yang dilihatnya semalam telah ditebang. Ia telah
ditumbangkan dan hanya akarnya sahaja yang tinggal. Ketika Karim sedang
tertanya-tanya siapakah yang menebang pokok-pokok tersebut dan mengapa,
kakaknya memanggil:
"Lihat Karim, ada kayu balak di dalam air".
Karim terperanjat. Dia tertanya-tanya mengapa ada orang yang melakukan
perkara seperti ini. Dia juga tidak dapat melihat sesiapa di sekelilingnya.
Selepas meluangkan masa yang agak lama di atas tebing sungai, mereka kembali
ke perkhemahan.
Karim, kakak dan abangnya pergi semula ke tebing sungai tersebut beberapa
hari kemudian, dan menjadi bertambah hairan kerana mereka mendapati setiap
hari beberapa batang pokok telah ditebang dan dicampakkan ke dalam sungai.
Tambahan pula, ranting-rantingnya telah dipisahkan daripada pokok dengan
cermat, dan dilonggokkan dengan sengaja bersama dengan kayu balak. Sekarang
bunyi bising sungai telah diperlahankan dan sebuah kolam kecil telah mula
terbentuk. Karim mula memikirkan bahawa perkara ini tidak mungkin berlaku
secara kebetulan. Seolah-olah ada orang yang bekerja keras di tebing sungai
ini setiap hari dan melakukannya dengan tujuan tertentu. Siapakah orang
yang penuh misteri itu?
Karim membuat rancangan untuk memuaskan hatinya. Dia bercadang untuk
pergi ke tebing sungai lebih awal, untuk mencari siapa yang telah melakukan
semua perkara ini. Dia memberitahu abangnya dan meyakinkannya untuk pergi
bersamanya. Pagi berikutnya, mereka menjalankan rancangan mereka.
Sudah tentu kamu tertanya-tanya apa longgokan
balak ini buat di dalam air. Jadi teruskan membaca. Apa yang akan
kamu pelajari adalah sesuatu yang memeranjatkan dan juga menyeronokkan.
|
KARIM BERTEMU DENGAN ORANG ASING YANG PENUH MISTERI
Di sebalik pokok, Karim dan Imran memerhatikan
memerang-memerang tersebut dan tugas menakjubkan yang mereka lakukan,
tanpa menyedari mereka sedang diperhatikan.
|
Apabila mereka hampir kepada sungai, Karim mula berjalan di atas hujung
jari kakinya. Dia melihat lebih banyak ranting-ranting dan kayu balak
di dalam air. Dia melihat sekeliling dan menyangka tiada sesiapa di kawasan
sekitar. Dia hampir memanggil abangnya, apabila tiba-tiba dia melihat
dua ekor haiwan yang cantik terapung-apung di atas air. Dia bersembunyi.
Tanpa melihat Karim, haiwan-haiwan ini menyambung kerja mereka. Tidak
lama kemudian, abangnya yang bernama Imran, datang dan berbisik kepada
Karim dengan perasaan kagum: "Jadi memerang inilah yang menebang pokok-pokok
dan membawanya ke dalam air". Karim sangat gembira melihat memerang yang
betul-betul hidup, yang telah dilihatnya di dalam buku-buku tetapi dia
tidak tahu banyak tentangnya. Mereka memerhati kedua-dua haiwan yang menarik
dan kuat bekerja ini sepanjang hari.
Abang Karim memberitahunya bahawa memerang ini sedang cuba mengempang
air supaya mereka dapat membina sebuah rumah. Kelakuan memerang ini amat
menakjubkan. Mereka meletakkan ranting-ranting yang mereka bawa dengan
mulut mereka di hadapan longgokan terbesar yang mereka telah bawa ke dalam
air. Kemudian mereka naik ke tebing dan menuju ke arah pokok-pokok berhampiran.
Salah seekor memerang ini memakan daun-daun pokok, dan kemudian mula mengerit
kulit pokok dengan giginya. Ia mengerit kayu di sekeliling batang pokok,
dalam keadaan yang sama pada setiap bahagian. Ia melakukannya sehingga
bahagian pokok yang pecah menjadi seperti sebatang pencil yang ditajamkan.
Ketika memerang tersebut mengerit batang pokok, Karim tertanya-tanya
bagaimana haiwan yang kecil ini akan membawa pokok yang besar. Pada ketika
itu juga, pokok itu jatuh ke dalam air, menyelesaikan masalah bagaimana
ia akan dibawa.
Sebelum mula bekerja, memerang memakan
daun-daun yang dibawa, dan ini memberikan mereka tenaga.
|
Di dalam halaman berikutnya,
kamu dapat melihat pokok-pokok yang ditebang oleh memerang. Jangan
lupa haiwan kecil yang menebang pokok-pokok besar, melakukannya
dengan dorongan daripada Allah.

|
Kemudian memerang yang seekor lagi pula datang dan mula mengerit sebatang
pokok, yang sekali lagi jatuh terus ke dalam air. Kemudian, yang lain,
kemudian yang lain... Semua pokok-pokok yang memerang-memerang tebang,
tumbang dan jatuh ke dalam air. Seolah-olah ketika memerang-memerang itu
mula mengerit pokok-pokok tersebut, mereka telah membuat pengiraan untuk
memastikannya jatuh ke dalam air. Karim terperanjat kerana dia tidak terfikir
cara seperti ini untuk membawa pokok-pokok tersebut. Dia memberitahu Imran
apa yang difikirkannya dan mendapati dia juga berpendapat sedemikian.
Imran: Terus terang saya katakan, saya juga
tidak terfikir bagaimana hendak melakukannya. Tetapi saya pernah terbaca
tentangnya. Memerang membuat anggaran bagaimana untuk membolehkan pokok
jatuh ke dalam air dan mengerit pokok pada sudut tertentu. Tetapi apabila
mereka gagal, mereka akan mengheret pokok tersebut ke dalam air dengan
gigi mereka. Karim, saya rasa sudah cukup untuk hari ini. Apakah kamu
mahu saya beritahu kamu lebih banyak tentang memerang apabila kita kembali
ke perkhemahan? Kita boleh membaca tentang mereka jika kamu mahu.
Karim: Ya, saya suka melakukannya. Saya
kagum bagaimana memerang ini dapat membuat anggaran seperti itu dan bertindak
dengan begitu bijaksana. Ia juga amat mengelirukan. Mengapa mereka mengempang
sungai untuk membina sebuah rumah? Tidakkah gigi mereka rosak dengan memakan
kulit pokok? Saya mempunyai banyak persoalan berkenaan dengannya. Saya
boleh bercakap tentang mereka sepanjang malam.
Imran: Baiklah, tetapi kita mesti kembali
ke perkhemahan sekarang. Kita banyak membuang masa berbual, dan hari sudah
hampir gelap. Mari kita kembali sebelum ibu bimbangkan kita. Lagipun,
saya merasa mengantuk dan letih. Marilah cepat.
Mereka bergegas pulang ke perkhemahan dalam keadaan tergesa-gesa. Bagaimanapun,
banyak persoalan-persoalan terlintas di fikiran Karim dalam perjalanan
pulang. Sebaik sahaja mereka sampai ke perkhemahan, mereka menikmati hidangan
lazat yang disediakan oleh ibu mereka. Kemudian mereka mencari memerang
di dalam buku-buku. Tetapi Karim mendapati Imran telah tertidur. Oleh
itu Karim mula membaca sendirian.
Ini meninggalkan Karim sendirian bersama dengan persoalan-persoalan di
dalam fikirannya. Jadi dia membuat rancangan baru. Dia akan bertemu dengan
memerang-memerang tersebut pagi esok dan akan belajar daripada mereka
apa yang mereka lakukan. Tidak lama kemudian dia pun tertidur...
Apabila mereka gagal untuk menjatuhkan pokok ke dalam air, memerang
akan mengheret balak-balak ini ke dalam air dengan gigi mereka.
Di dalam gambar di atas, kamu melihat Encik Memerang sedang mengheret
sebatang pokok.
|
SATU KEJUTAN BESAR
Karim bangun awal pagi dan segera pergi ke tebing sungai. Sekali lagi
dia menemui memerang-memerang sedang bekerja. Dengan mengumpulkan keberaniannya,
dia menghampiri mereka dan berkata:
"Helo, nama saya Karim. Bolehkah saya berkawan dengan awak?
Haiwan-haiwan tersebut mulanya merasa terkejut, tetapi melihatkan sikap persahabatan
yang ditunjukkan Karim, memerang yang paling besar tampil ke hadapan dan
membalas:
"Sudah tentu, nama saya Encik Memerang. Dan ini isteri saya Puan Memerang.
Gembira bertemu dengan anda".
Ini membuatkan Karim gembira, kerana sekarang dia dapat bertanya mereka
apa yang menghairankannya. Jadi mereka mula berbual:
Karim: Saya telah memerhatikan kamu dengan
rasa ingin tahu beberapa lama, dan terdapat banyak soalan yang hendak
saya tanya kepada kamu... Bermula dengan batang-batang pokok. Encik Memerang,
mengapa kamu mengheret batang-batang ini ke dalam air dan meletakkannya
di atas yang lain?
Encik Memerang: Semua pasangan memerang,
seperti kami, berpindah untuk membina rumah baru. Kami sampai ke sini
tidak lama dahulu, dan baru berpindah ke sungai ini. Sekarang kami sedang
membina kediaman kami. Tetapi untuk melakukannya, kami memerlukan air
yang tenang. Jadi kami perlu menyekat aliran air dahulu. Kerana itulah
kami longgokkan balak-balak ini untuk membentuk kolam tiruan.
Karim: Jadi kamu sedang membina sebuah empangan?
Hebat. Adakah kamu tahu? Kami manusia juga membina empangan sejak beberapa
lama dengan cara yang sama untuk menyekat aliran air. Sebelum ini guru
geografi kami mengajar kami tentang empangan-empangan di dalam negara
kami dan menjelaskan bagaimana ia dibina. Ia sungguh memeranjatkan, saya
fikir sudah tentu ia amat sukar untuk membina sebuah tembok di hadapan
air yang mengalir. Tetapi apa yang kamu lakukan adalah lebih menakjubkan
dan sukar. Bagaimana kamu dapat menyekat aliran air yang deras? Bagaimana
kamu menemui cara ini? Adakah kamu memilih untuk melakukannya dengan cara
ini apabila kamu melihat empangan-empangan buatan manusia?...
Di dalam kekaguman ini, Karim telah menyoal satu demi satu soalan. Kata-katanya
dan kekagumannya membuatkan Encik Memerang tersenyum, kerana apa yang
mereka lakukan adalah terlalu mudah sehinggakan mereka tidak pernah memikirkannya.
Encik Memerang: Baik, Karim, berhenti seketika.
Saya akan menjawab soalan-soalan kamu satu persatu. Jangan bimbang, kamu
akan belajar semuanya. Pengetahuan kami tentang bagaimana untuk membina
empangan-empangan dan untuk membina kediaman-kediaman seperti ini kami
dapatinya secara semula jadi. Sudah tentu, pengetahuan ini tidak datang
kepada kami secara kebetulan. Bukannya suatu hari tiba-tiba kami berkata,
"Mari bina sebuah empangan dan membina sebuah kediaman di dalam air".
Kami telah memiliki pengetahuan ini, kerana ia telah diajarkan kepada
kami sebelum kami lahir. Kerana itu, kami mengetahui apa yang perlu dilakukannya
dengan begitu baik dan melakukan kerja-kerja kami dengan jayanya. Sekali
lagi, terima kasih kepada pengetahuan ini, kami tahu bagaimana menumbangkan
pokok-pokok besar dan membawanya ke dalam air.
Mendengar kepada Encik Memerang dengan penuh kekaguman, Karim telah dikejutkan
oleh suara Imran di belakangnya:
"Saya boleh menjawab semua soalan-soalan kamu Karim. Tetapi sebelum itu
kamu mesti jelaskan. Mengapa kamu meninggalkan perkhemahan sendirian?
Sudah tentu kami akan bimbang jika kami tidak melihat surat ringkas kamu.
Karim: Saya... saya minta maaf. Saya begitu
gembira sehinggakan tidak dapat menghalang daripada datang ke sini. Tapi
saya tahu kamu pasti akan melihat surat ringkas saya. Bolehkah kamu beritahu
saya siapakah yang mengajar memerang ini semua perkara ini?
Imran: Baiklah Karim. Kamu masih ingat kita
membaca Al-Quran bersama-sama mi
nggu lepas? Allah berfirman di dalam banyak ayat bahawa Dialah yang menjadikan
segala yang ada di langit, di bumi dan di antara keduanya. Kita bercakap
tentang haiwan-haiwan yang kita ketahui dan tentang perlakuan-perlakuan
mereka yang istimewa. Kemudian kita merumuskan bahawa mereka tidak dapat
melakukan perkara-perkara ini sendiri dan sebenarnya mereka telah diajar
bagaimana untuk bertindak oleh satu Pencipta.
Karim: Ya, saya ingat.
Imran: Semua hidupan bertindak berdasarkan
apa yang telah diajarkan kepada mereka oleh Allah. Sejak mereka baru dilahirkan,
mereka semua telah mengetahui bagaimana untuk bertindak. Untuk memahami
tindakan-tindakan mereka, kita manusia melakukan kajian-kajian dan menjalankan
penyelidikan-penyelidikan selama beberapa tahun; dan kita menggunakan
alat-alat berteknologi, membaca buku-buku dan melakukan eksperimen-eksperimen.
Tetapi perkara-perkara ini yang kita berusaha keras untuk memahaminya
dilakukan dengan mudah oleh haiwan-haiwan. Contohnya, mereka membuat kiraan-kiraan
yang membingungkan pakar-pakar sekalipun. Encik Memerang dan Puan Memerang
melakukan apa yang telah diajarkan Tuhan kita kepada mereka untuk dilakukan.
Jika Encik Memerang memberitahu kita lebih banyak tentang apa yang mereka
lakukan, kamu akan dapat memahami apa yang saya maksudkan dengan lebih
baik.
Encik Memerang: Ya, Karim. Nanti saya akan
memberitahu kamu secara terperinci tentang rumah yang sedang kami bina.
Kamu juga akan mengetahui bahawa adalah mustahil untuk kami melakukan
semua perkara ini dengan menggunakan kebijaksanaan kami sendiri.
Karim mendengar Encik Memerang dan Imran dengan teliti, kerana dia menyedari
kepentingan perbualan ini. Jadi dia memutuskan untuk memberi perhatian
terhadap apa yang mereka katakan dan bertanya tentang perkara-perkara
yang gemar dipelajarinya.
Karim: Encik Memerang, saya rasa kamu menggunakan
kaki dan gigi kamu menebang pokok-pokok untuk membentuk kolam ini. Tetapi
mengapa gigi kamu begitu kuat? Gigi saya, misalnya, pasti akan patah jika
saya cuba menggigit sebatang ranting. Saya tidak akan melakukannya.
Encik Memerang: Soalan yang baik, Karim.
Saya dan isteri saya dapat menebang kira-kira 400 batang pokok setahun.
Kami melakukannya dengan mengerit dengan gigi kami. Kami menggunakan empat
gigi hadapan untuk mengerit ranting-ranting pokok. Gigi kami juga akan
menjadi haus, walaupun bukan sehaus seperti gigi kamu, dan kadang kala
patah. Tetapi ini tidak menjejaskan kami, kerana gigi hadapan kami, yang
digelar gigi kacip, akan terus tumbuh sepanjang hidup kami.
Karim: Jadi gigi kamu tumbuh berterusan,
sama seperti kuku kami, bukan?
Puan Memerang: Biar saya jawab soalan kamu
karim. Ya, kamu betul. Allah menjadikan gigi kami berbeza daripada hidupan
lain. Jika Dia tidak melakukannya, kami tidak akan dapat mencari makan
dan membina rumah kami, yang pasti tidak baik untuk kami. Kerana anggota-anggota
spesies kami akan mati kebuluran, spesies kami akan perlahan-lahan menjadi
pupus, iaitu, kami tidak akan berada di sini hari ini. Kamu tidak akan
menemui walau seekor pun memerang di muka bumi ini. Bagaimanapun, gigi
saya, seperti juga gigi Encik Memerang dan semua memerang lain, tumbuh
dengan cepat. Seperti yang dapat kamu lihat, gigi kami amat penting kepada
kami.
Karim: Baiklah. Tetapi sekarang bagaimana
kamu belajar berenang? Saya telah mempelajarinya baru-baru ini. Bagaimana
kamu menjadi perenang yang sempurna?
Encik Memerang: Karim, semua memerang boleh
berenang tidak lama selepas mereka dilahirkan. Ia amat mudah bagi kami,
kerana tubuh kami sesuai untuk berenang. Contohnya, kaki kami berselaput,
supaya kami dapat menolak air dengan mudah, dan selain daripada itu, ekor
kami yang leper bertindak sebagai sirip, supaya kami dapat bergerak dengan
mudah di dalam air. Seperti mana kamu memakai gogal untuk melindungi mata
kamu daripada air dan membantu kamu melihat di dalam air, kami mempunyai
gogal semula jadi. Dan telinga dan lubang hidung kami dapat menutup dengan
rapat untuk menghalang air. Kami juga mempunyai tiga kelopak mata pada
setiap mata. Salah satu daripadanya adalah separuh lut sinar, membolehkan
kami melihat di dalam air dan juga melindungi mata kami daripada kemungkinan
bahaya dalam air.
Karim: Sahabat-sahabat kecilku, saya juga
boleh berenang dengan pantas dan mudah apabila saya memakai sirip renang
di kaki saya. Ayah saya yang membelikan saya sirip renang itu, tetapi
kamu memilikinya sejak lahir. Allah telah menjadikan kamu dengan sifat-sifat
yang kamu perlukan.
Imran: Kamu betul, Karim. Encik Memerang
bolehkah kamu tolong terangkan kepada kami lebih lanjut tentang empangan-empangan
yang kamu bina?
Encik Memerang: Mula-mula, kami heret kayu-kayu
balak dan ranting-ranting ke dasar sungai. Kemudian kami longgokkan ranting-ranting
yang ringan di atas yang berat. Tetapi kami perlu meletakkannya dengan
cermat di tempatnya, jika tidak air yang mengalir akan menghanyutkan apa
yang telah kami bina. Kerana itulah, kami menambah kayu-kayu balak dan
menguatkannya dengan batu-batu. Tetapi ia masih tidak begitu kuat, oleh
itu, kami perlu menampungnya. Jadi kami lekatkan ranting-ranting ini bersama
dengan satu campuran khas daripada lumpur dan daun-daun. Campuran kalis
air ini juga tahan kepada kesan-kesan hakisan air.
Karim: Jika tidak sudah tentu kamu tidak
dapat membina rumah yang kering di dalam air, segala usaha kamu akan sia-sia.
Puan Memerang: Kamu betul, Karim. Tetapi,
empangan yang kami bina ini sangat kuat dan ia menjadi bertambah besar
dan kuat setiap hari. Apabila empangan bertambah besar, paras air yang
dikumpulkan sebelum ini meningkat. Oleh itu, selepas beberapa bulan, sebuah
kolam empangan terbentuk. Tetapi apabila kolam menjadi bertambah besar,
kami mesti menguatkan dan membaiki empangan ini. Seperti yang dikatakan
oleh Encik Memerang, kami meletakkan di kawasan antara ranting-ranting
ini dengan lumpur dan semak. Lagipun, terdapat satu lagi perkara yang
sangat penting, adakah kamu perasan bentuk empangan kami? Ia kelihatan
seperti sebuah lengkungan, bukankah begitu?
Yang demikian (sifat-sifat-Nya dan kekuasaan-Nya)
ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan
Dia, yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu
kepada-Nya. Dan (ingatlah) Dia lah yang mentadbirkan segala-galanya.
(Surah Al-An'am: 102)
|
Memerang menggunakan lumpur untuk membina rumah mereka. Mereka melekatkan
ranting-ranting dan kayu-kayu balak dengan lumpur.
Bentuk ini yang dilenturkan ke dalam dipanggil cekung. Semua empangan-empangan
dibina memerang secara cekung. Kami cuba untuk menyekat air pada sudut
45 darjah.
Tertarik dengan apa yang Encik dan Puan Memerang ceritakan kepadanya,
Karim menyampuk:
Karim: Bagaimana kamu mengetahuinya? Kami
pernah pergi ke sebuah empangan bersama guru kami, dan pada hari itu dia
memberitahu kami bahawa empangan-empangan moden telah dibina sama seperti
kamu punya. Semuanya melengkung ke dalam. Dia juga memberitahu kami bahawa
kerana bentuk ini, yang digelar cekung, manusia dapat mengempang air pada
sudut 45 darjah tepat. Empangan-empangan cekung yang kuat adalah amat
sesuai untuk menahan tekanan air. Tetapi bagaimana kamu memperoleh pengetahuan
seperti ini, Encik dan Puan Memerang? Siapakah yang mengajar kamu? Saya
tahu empangan tersebut telah dibina oleh jurutera-jurutera. Kakak saya
juga seorang jurutera; dia terpaksa meluangkan masa bertahun-tahun untuk
pengajian sebelum dia dapat menjadi seorang jurutera. Tetapi kamu tidak
boleh pergi ke sekolah, jadi bagaimana kamu dapat mengetahuinya? Siapakah
yang mengajarkan kamu pengetahuan ini?
 |
 |
 |
 |
Seperti mana ekor yang berfungsi sebagai sirip
(di atas), kaki, gigi, malah setiap anggota badan memerang telah
dijadikan dengan begitu istimewa dan sempurna oleh Allah. Tanpa
sifat-sifat ini, memerang tidak mungkin dapat hidup.
|
Encik Memerang menerangkan kepada Karim
bagaimana mereka membawa kayu-kayu balak dan ranting-ranting pokok
ke dalam air (halaman sebelah) dan kemudian bagaimana Puan Memerang
melekatkannya.
|
Ranting-ranting yang dilonggokkan ini tidak lama
lagi akan membentuk rumah memerang.
|
 |
Ketika membina rumah mereka, memerang-memerang
ini dengan pantas membawa ranting-ranting kecil terlebih dahulu.
Allah menjadikan makhluk ini begitu mahir dan bijak.
|
Kemudian pecahan-pecahan kayu yang lebih berat
dan ranting-ranting dibawa oleh memerang-memerang yang rajin ini.
|
 |
 |
Memerang menggunakan lumpur untuk membina rumah
mereka. Mereka melekatkan ranting-ranting dan kayu-kayu balak dengan
lumpur.
|
Sementara Puan Memerang menerangkan kepada Karim
bagaimana mereka membina empangan...
|
Apa yang mengejutkan Karim ialah bagaimana memerang
dapat membina sebuah empangan yang sama seperti yang dilakukan oleh
manusia.
|
Karim memerhatikan Encik Memerang dan
Puan Memerang dengan penuh kekaguman dan kehairanan ketika mereka
perlahan-lahan membina empangan. Dia berfikir, "Bagaimana mereka
melakukannya?".
|
Imran: Karim, adalah mustahil untuk keluarga
memerang ini melakukan semua ini dengan cara yang rawak. Apakah kamu masih
ingat kamu pernah bertanya kepada saya tentang seorang yang bernama Darwin?
Di mana buku yang kamu baca menyatakan bahawa haiwan-haiwan telah wujud
dan memperoleh ciri-ciri mereka secara kebetulan. Kamu dapati ia tidak
masuk akal dan menganggap apa yang telah dikatakan oleh Darwin adalah
satu pembohongan.
Karim: Ya, saya ingat. Dan saya memahami
kamu dengan baik. Sudah tentu, Encik Memerang dan Puan Memerang tidak
mempelajari perkara-perkara ini secara kebetulan. Sudah tentu Darwin telah
menipu manusia.
Di dalam gambar ini, kamu boleh lihat Darwin,
yang telah berbohong dan cuba menipu semua orang. Karim adalah seorang
budak yang pintar. Terima kasih kapada apa yang diberitahukan oleh
Imran dan buku-buku yang telah dibancaya, dia dengan segera mengetahui
bahawa Darwin adalah seorang yang membingungkan manusia.
|
Encik Memerang: Seperti yang telah saya
katakan sebelum ini, kami tahu bagaimana hendak melakukan semua ini sejak
lahir. Kamu adalah seorang budak yang bijak, Karim. Sudah tentu saya tidak
pernah pergi ke sekolah. Dan sudah tentu juga saya tidak menemui perkara
ini dengan cara mencuba. Jika sesiapa mengemukakan pendapat yang tidak
masuk akal ini, kamu dapat menyoalnya dengan beberapa soalan:
Jika kita anggarkan seekor memerang, mengetahui bagaimana hendak membina
rumah ini secara kebetulan, kita lihat semua memerang membina rumah mereka
dengan cara yang sama. Adakah mereka mengetahuinya secara kebetulan juga?
Apabila gigi saya telah haus, gigi yang baru akan tumbuh di tempatnya.
Ia sama sahaja pada semua memerang. Bukankah telah jelas di sini bahawa
ia tidak mungkin berlaku secara kebetulan?
Seperti yang dapat kamu lihat, seseorang itu perlu berfikir
untuk melihat bagaimana mustahilnya perkara ini dan bagaimana tidak masuk
akalnya dakwaan ini. Tolong tanya kakak kamu di dalam kursus yang mereka
pelajari bahawa empangan mesti dibina pada sudut 45 darjah dan perkiraan
apakah yang mereka perlu lakukan. Kemudian kamu akan lebih memahami saya.
Karim: Memang betul Encik Memerang. Jelaslah
bahawa suatu Kebijaksanaan Tertinggi telah mengajar kamu semua perkara-perkara
ini. Ibu saya memberitahu saya bahawa Allah itu Maha Bijaksana. Ia adalah
bukti kebijaksanaan Tuhan kita yang tiada tolak bandingannya maka Dia
mengajarkan kepada kedua-dua kamu dan memerang-memerang lain dan begitu
juga kepada memerang-memerang yang pernah hidup setakat ini. Saya juga
tahu bahawa bukan kamu sahaja yang Allah ajarkan apa yang perlu dilakukan,
tetapi juga kepada semua hidupan.
Imran: Ya, Karim. Allah menjadikan semua
benda hidup dan menguasai semuanya. Seperti yang dinyatakan di dalam sepotong
ayat Al-Quran:
Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak
itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya,
dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi
berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki
(selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu.
( Surah An-Nuur: 45 )
PERBUALAN BERTERUSAN...
Karim: Encik Memerang kamu katakan bahawa
kamu membina empangan ini untuk membina sebuah rumah. Tetapi saya tidak
dapat melihat apa-apapun yang kelihatannya seperti sebuah rumah. Hanya
terdapat longgokan kayu-kayu balak. Di mana kamu membina rumah kamu?
Encik Memerang: Memang betul. Kamu tidak
dapat melihat rumah kami dari luar. Kami membinanya seperti ini bertujuan
supaya ia menjadi tempat yang lebih selamat. Ketika membina empangan,
kami juga menyediakan rumah kami di atas tebing kolam, berhampiran dengan
darat. Rumah kami kelihatan seperti satu longgokan kayu-kayu daripada
luar. Tetapi kamu jangan terpedaya dengannya; kami membina dalamannya
dengan cermat. Paling utama, keselamatan amat penting kepada kami. Kerana
itulah, satu-satunya pintu masuk ke rumah kami ialah di bawah air. Sudah
tentu, tiada siapa yang dapat memasukinya dengan mudah. Kami melalui terowong-terowong
rahsia untuk masuk dan keluar.
Karim: Sungguh hebat. Rumah kamu adalah
seperti sebuah kubu yang dikelilingi oleh parit-parit. Ia hampir mustahil
untuk dimasuki.
 |
Tentu kamu terenya-tanya, "Apa gunaya
longgokan ranting-ranting ini di dalam air?"Gambar ini menunjukkan
sebahagian daripada rumah memerang, yang berada di atas permukaan
air. |
Encik Memerang dan Puan Memerang ketawa terhadap ulasan Karim.
Encik Memerang: Terowong ini membawa ke
sebuah bilik. Kami pastikan bilik ini berada di atas paras air. Keluarga
kami tinggal di dalam bilik yang kering dan selamat ini. Kadang kala kami
membina rumah dua tingkat, di mana pintu masuk dan ruang tamu di tingkat
pertama, dan bilik makan dan bilik tidur di tingkat kedua. Rumah yang
kami bina mempunyai dua pintu masuk bawah air dan satu saluran pengudaraan
di bahagian atas. Dengan cara ini, selain daripada selamat daripada bahaya
luaran, kamu juga hidup dengan selesa.
Karim: Ini adalah perkara yang menakjubkan.
Tidak nampak pun adanya sebuah bilik di bawahnya; ia kelihatan seolah-olah
ia hanyalah longgokan kayu-kayu dan ranting-ranting. Ini adalah satu susunan
yang hebat. Saya mempunyai satu lagi soalan: berapa dalamkah kolam ini?
Dari sini ia kelihatan agak dalam.
Encik Memerang: Kadang-kadang ia sedalam
3 hingga 4 meter. Sebenarnya, kami tidak memerlukan air yang dalam untuk
membina rumah kami. Tetapi, permukaan kolam akan membeku pada musim sejuk
dan satu lapisan ais yang tebal terbentuk di atasnya. Jika air tidak cukup
dalam, pembekuan akan turun ke bawah sehinggakan seluruh kolam akan beku
sepenuhnya. Dalam keadaan ini, sudah tentu kami tidak dapat bergerak di
sekeliling kolam ini. Oleh itu, kami dalamkan kolam ini sedalam yang boleh.
Kemudian jika permukaannya beku, masih terdapat lapisan air di bawah kolam
ini, yang membolehkan kami bergerak dan mencari makan.
Imran: Kamu tahu, Karim. Encik Memerang
dan Puan Memerang mengetahui dengan baik apa yang mereka lakukan. Jika
kita membina sebuah rumah di atas tasik, mungkin tidak satupun perincian
ini yang kita terfikir tentangnya. Tetapi sahabat kita ini berfikir ke
hadapan dan mengerjakan apa yang perlu dibuat. Sudah tentu Allahlah yang
telah melengkapkan mereka dengan kemahiran untuk memikirkan perincian
yang sebegini teliti dan mengajar mereka apa yang perlu dilakukan.
Memerang berang melalui sebuah terowong
untuk memasuki rumah mereka. Hanya memerang yang tahu tetang terowong
ini.
|
Memerang adalah hawian yang sangat bijak.
Apabila rumah mereka rosak, mereka akan segera menyedarinya dan
memperbaikinya, serpeti yang dapat dilihat di dalam gambar di sebelah
kanan ini.
|
Membuat persediaan untuk musim sejuk
adalah satu lagi bukti kebijaksaan memerang. Walaupun rumah mereka
diseliputi salji atau permukaan kolam beku, memerang tinggal di
dalam rumah mereka dengan selesa, terima kasih kepada langkah-langkah
yang mereka mengambil lebih awal.
|
Sekali lagi Karim memikirkan tentang kakaknya, seperti yang telah kamu
sedia maklum, adalah seorang jurutera awam. Dia telah belajar selama beberapa
tahun dan bekerja keras untuk menjadi seorang jurutera. Karim masih ingat
ketika dia memasuki bilik kakaknya dan melihat kerja sekolahnya. Kemudian
baru dia mengetahui bahawa dia melukis benda-benda seperti bangunan, jambatan
dan lain-lain. Dia terperanjat apabila dia melihat hasil kerjanya dan
tidak memahami apa-apapun. Apa yang dilakukannya memerlukan ketekunan
yang tinggi, sukar dan rumit. Terdapat banyak garisan-garisan dan rajah-rajah
di atas kertas yang tidak diketahui apakah maksudnya. Dia bertanya kepada
kakaknya apakah semuanya itu, dan dia terperanjat apabila mendapat tahu
sebuah bangunan akan dibina berdasarkan kepada lukisan-lukisan ini.
 |
Sehingga hari tersebut, dia tidak mengetahui bahawa kejuruteraan awam
begitu sukar. Tambahan pula, kakaknya telah memberitahunya bahawa dia
hanya berurusan dengan reka bentuk bangunan sahaja. Pada peringkat berikutnya,
pekerja-pekerja akan datang untuk bekerja dan membina bangunan, menggunakan
berbagai peralatan dan material.
Karim: Ini sungguh menarik. Kamu membina
rumah kamu berdasarkan kepada satu pelan yang telah dibuat terlebih dahulu
sama seperti Zainab. Setiap benda yang kamu lakukan menunjukkan kebijaksanaan
yang hebat. Saya masih ingat kakak saya bekerja keras selama beberapa
jam untuk membuat perkiraan-perkiraan yang rumit...
Imran: Kamu betul. Saya juga memikirkan
tentang Zainab. Tetapi sahabat kecil kita ini melakukan kerja-kerja berat
sama seperti Zainab lakukan. Ini juga menunjukkan kemahiran menakjubkan
yang dianugerahkan Allah kepada mereka. Bagaimanapun, sahabat kecil, sekarang
masanya untuk kami kembali semula ke perkhemahan. Terima kasih banyak-banyak
di atas segalanya. Kamu telah memberikan jawapan kepada semua soalan-soalan
yang Karim ingin ketahui. Sekarang kami mesti ucapkan selamat tinggal.
Karim: Saya juga hendak mengucapkan terima
kasih. Saya amat gembira dengan perbualan kita. Tetapi saya tidak mahu
mengucapkan selamat tinggal. Saya ingin melawat kamu lagi, jika kamu tidak
kisah.
Encik dan Puan Memerang: Selamat tinggal,
Karim. Sudah tentu kamu boleh menziarahi kami bila-bila masa sahaja yang
kamu mahu. Mungkin kamu hendak melihat rumah kami disempurnakan. Selamat
tinggal.
Karim merasa kagum dengan tugas-tugas yang dilakukan oleh memerang-memerang
ini. Sekarang semua soalan-soalannya telah terjawab, dia ingin kembali
ke perkhemahan dan memberitahu orang lain tentang apa yang telah dipelajarinya.
ALLAH YANG MENJADIKAN MEMERANG
Jadi kamu telah mempelajari tentang memerang bersama dengan Karim. Seperti
yang dapat kamu saksikan, terima kasih kepada kemahiran-kemahiran yang
dimilikinya semenjak lahir, sahabat baru Karim ini dapat mereka bangunan,
yang merupakan satu tugas yang sangat sukar dan rumit. Kemudian mereka
melaksanakan pelan ini dengan kemahiran yang hebat. Tidak seperti kakak
Karim, memerang tidak pergi ke sekolah, dan juga tidak dilatih beberapa
tahun. Tetapi mereka mengetahui dengan tepat apa yang hendak dilakukan,
kerana terdapat Kekuasaan Tertinggi yang mengajar mereka semua perkara-perkara
ini. Iaitu Allah, yang menjadikan semuanya, termasuk kita.
Ingat! Seekor memerang tidak dapat memperoleh kemahiran untuk membina
empangan secara kebetulan. Ia tidak dapat menjadikan tubuhnya bersesuaian
dengan keperluannya. Ia tidak dapat menemui sendiri bentuk untuk membina
empangan yang cukup kuat untuk menahan tekanan air. Dan yang lebih penting,
ia tidak dapat memastikan memerang-memerang lain memperoleh kemahiran
yang sama.
Terdapat satu lagi fakta yang mesti dicatatkan: Memerang tidak akan dapat
hidup jika kekurangan salah satu sifat-sifatnya. Contohnya cuba kita fikirkan
tentang giginya. Jika gigi belakang mereka, walaupun tidak haus, terus
tumbuh seperti gigi kacip hadapan, ia akan menjadi terlalu besar, dan
memberikan tekanan kepada rahang dan menyebabkannya tidak dapat menggunakan
mulutnya.
Apabila kamu membaca
buku atau menonton filem tentang haiwan, ingatlah bahawa mereka
mereka telah dijadikan oleh Allah

|
Bagaimana memerang dapat mengerit dan membina empangan dalam keadaan
ini? Bagaimana ia dapat membina rumahnya? Sudah tentu ia tidak akan dapat
melakukan semua perkara-perkara ini. Malah ia juga tidak dapat makan disebabkan
oleh struktur mulutnya, jadi sudah tentu ia akan mati kebuluran.
Tambahan pula, banyak organ-organ lain selain daripada giginya telah
dijadikan khusus untuk kerja-kerja yang mereka lakukan. Kelopak mata lut
sinar untuk melindungi matanya ketika berada di dalam air seperti juga
cara istimewa yang menutup telinga dan lubang hidungnya untuk menghalang
air masuk, adalah di antara sifat-sifat yang dimiliki oleh memerang. Selain
daripada itu, memerang juga mempunyai kaki belakang yang berkulit selaput
dan ekor yang keras dan rata, yang membantu haiwan ini menjadi perenang
yang hebat. Semua ini adalah sifat-sifat istimewa yang memerang miliki
sejak lahir.
Sekarang, sudah tentu kami faham mengapa Karim merasa begitu kagum dengan
sahabat kecilnya.
Sahabat kecil Karim memiliki struktur tubuh ini, dan pengetahuan dan
kemahiran untuk membina empangan sejak lahir. Semua memerang membina rumah
mereka dengan panduan Allah dan bergerak berdasarkan kepada apa yang telah
"didorong" oleh-Nya agar mereka melakukannya. Allah Yang Maha Kuasa telah
menjadikan makhluk-makhluk ini dan memberikan mereka kemahiran hebat.
Allah menjadikan semua hidupan dengan sifat-sifat yang paling sesuai
untuk tugas-tugas yang mereka lakukan dan memenuhi keperluan mereka. Allah
pengasih kepada semua hidupan. Seperti yang Allah nyatakan di dalam Al-Quran:
"Sesungguhnya Tuhan kamu hanya Allah, yang tidak
ada Tuhan melainkan Dia, yang meliputi pangetahuan-Nya akan tiap-tiap
sesuatu."
(Surah Ta Ha:98),
"Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya
Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan
kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui , lagi Maha
Bijaksana".
(Surah Al-Baqarah: 32)
|