Karim adalah watak pertama di dalam buku kita ini. Dia gemar bersukan,
membaca buku dan amat berminat dengan haiwan-haiwan. Terima kasih kepada
buku-buku yang telah dibacanya, dia telah belajar banyak perkara tentang
haiwan. Malah dia mengetahui perkara-perkara tentang haiwan yang orang
lain tidak mengetahuinya. Dia mengenali haiwan-haiwan di dalam gambar
dan mengetahui sifat-sifat mereka dengan baik. Kerana itulah, sahabat-sahabatnya
sukakan Karim. Mereka suka berbual dengannya ketika rehat atau ketika
pergi atau balik daripada sekolah.
 |
Ibu bapanya mengetahui tentang minat Karim terhadap alam semula jadi.
Oleh itu, mereka membawanya berjalan pada hujung minggu dan ketika cuti
apabila cuaca baik. Di antara perjalanan-perjalanan ini, Karim paling
sukakan perkhemahan musim bunga yang mereka pergi setiap tahun, kerana
banyak perkara menarik berlaku kepadanya di dalam perkhemahan ini. Dia
dapat berkenalan dan bersahabat dengan berbagai manusia, dan mempelajari
tentang makhluk-makhluk yang menakjubkan. Apabila waktu perkhemahan semakin
hampir, Karim menjadi lebih beria-ia tentang pengalaman-pengalaman mengejutkan
dan pengembaraan yang akan diperolehnya di perkhemahan itu tahun ini.
Sekarang mari kita lihat apa yang berlaku kepada Karim di perkhemahan
ini dan kita juga akan bertemu dengan watak-watak lain.
|