<
MENGENAI LAMAN WEB INI

MENGENAI LAMAN WEB INI


Laman web ini dibangunkan dengan tujuan untuk mempromosikan dan menyebarkan hasil karya Harun Yahya, seorang pemikir dan pengarang terkemuka berbangsa Turki. Buku-buku ini telah mendapat perhatian yang besar di Turki dan juga di seluruh pelusuk dunia. Khususnya pada tahun 90-an, menjadi satu pemangkin kepada kebangkitan intelektual di kalangan muslimin, dan yang bukan islam, sebagai satu tentangan terhadap kepercayan-kepercayaan palsu di era moden ini. Dengan kata lain, Harun Yahya adalah satu nama alu-aluan kepada hakikat kebenaran.

Pelawaan ini keseluruhannya tidaklah berorientasikan semata-mata keuntungan ataupun matlamat perniagaan. Bahkan pengarang sendiri tidak berusaha atau membuat apa jua urusan perdagangan untuk mengaut keuntungan hasil penulisan buku-buku beliau. Begitu juga pihak-pihak bertanggungjawap yang menyelenggarakan rekabentuk, percetakan, dan pemasaran buku-buku ini atau filem-filem dokumentari, rakaman audio dan rekabentuk grafik yang berdasarkan dari hasil karya beliau, juga tidak berorientasikan sebarang keuntungan. Dalam erti kata lain, lama web ini merupakan satu laluan percuma kepada pengunjung untuk memanfaatkan semua hasil karya Harun Yahya dan juga material-material lain yang diinspirasikan oleh beliau.


Setiap buku Harun Yahya dan juga web ini, berusaha untuk mengingatkan suatu hakikat kebenaran yang penting, di mana manusia dihanyutkan jauh dari untuk merenunginya, bahkan menafikannya akibat pengaruh kekacauan yang berlaku pada zaman moden ini. Salah satu dari asas kebenaran ini ialah mengenai 'Penciptaan', yang mana alam semesta, makhluk hidupan dan manusia bukanlah terjadi dengan sendirinya, tetapi semua mereka ini adalah hasil penciptaan Tuhan, Pencipta yang Maha Agung. Kita semua diciptakan olehNya dan dariNya serta hanya kepadaNya kita akan kembali. Dakwaan-dakwaan yang kononya dianggap saintifik seperti teori Darwinisme dan fahaman-fahaman yang bersifat materialistik yang mencabar hakikat kebenaran ini tidak lain hanyalah kepalsuan dan pembohongan semata-mata, sepertimana yang diterangkan dalam laman ini.


laman web ini menyeru kepada semua manusia di setiap pelusuk dunia dari apa jua budaya, bangsa, etnik atau latarbelakang sosial untuk sama-sama menyedari asas Hakikat Kebenaran ini dan memikirkan tanggungjawabnya kepada PenciptaNya. Dalam laman ini dibentangkan penebusan dan kebahagiaan sebenar umat manusia.


2004 Harun Yahya International. Semua material dalam laman ini boleh disalin semula, dicetak, diedar dan diterbitkan secara percuma