|
PENDAHULAN
Pernahkah kamu memikirkan tentang keluasan cakerawala yang kita
mendiami ini? Mungkin kamu jarang memikirkan persoalan ini sehingga sekarang.
Walaupun kamu pernah memikirkannya, masih sukar untuk membayangkan saiz
cakerawala ini. Biar kami terangkan keluasan cakerawala ini melalui contoh
berikut. Berapakah keluasan yang dapat kamu bayangkan? Jarak di antara
satu bandar dengan bandar yang lain sudah cukup luas bagi kamu. Mungkin,
kamu telah mengembara dari timur hingga ke barat negara kamu, dan kamu
merasa kagum dengan keluasannya. Sebahagian kamu mungkin pernah ke negara-negara
yang jauh. Tetapi, satu fakta penting! Walaupun kamu telah mengembara
mengelilingi dunia, ia masih terlalu kecil untuk membantu kamu membayangkan
saiz gergasi cakerawala ini. Ini kerana saiz Bumi jika dibandingkan dengan
seluruh alam cakerawala ini adalah seperti sebintik debu.
Ini mungkin mengejutkan kamu, tetapi itulah kebenarannya; planet Bumi
hanya sebintik debu dibandingkan dengan alam ini.
Adik-adik sekalian! Sekarang fikirkan tentang Bumi kita, satu titik
debu di dalam alam yang amat luas ini. Setiap pagi kamu bangun dari tidur
di dalam rumah di dalam bola bulat ini. Jalan-jalan yang kamu gunakan
untuk ke sekolah juga dibuat di atasnya.
Kereta-kereta kecil yang diletakkan di
atas sebiji bola jatuh ke lantai. Pernahkah kamu terfikir bagaimana
kita dapat berdiri di atas Bumi?
|
Sekarang fikirkan perkara ini sebentar! Jika kamu letakkan sebuah kereta
mainan di atas sebiji bola di atas tangan kamu, bolehkah ia kekal berada
di situ? Sudah tentu tidak. Sedangkan kamu menghabiskan sepanjang hari
kamu di atas planet bulat ini, bermain dan bergembira dengan rakan-rakan
kamu tanpa terjatuh keluar!
Sekarang, fikirkan tentang matahari. Bagaimana kamu memanaskan diri kamu,
dan dari mana cahaya datang jika tanpa bola api kuning ini? Bolehkah kamu
pergi berenang dan mandi? Bolehkah kamu pergi berkelah bersama dengan
keluarga atau rakan sekelas kamu? Sudah tentu tidak! Kamu tidak dapat
melakukan semua perkara ini, kerana tanpa matahari, tidak akan ada hidupan
di Bumi ini. Bukan sekadar tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok, burung-burung,
serangga dan haiwan peliharaan yang kamu sayangi, tetapi juga ibu, ayah,
kawan-kawan, adik-beradik dan malah diri kamu tidak akan wujud.
Dua contoh tentang Bumi dan matahari menunjukkan kepentingan objek-objek
langit dan peranannya kepada hidup kita. Kami akan mengemukakan banyak
contoh-contoh menarik di dalam buku ini. Sungguh menarik dapat mempelajari
tentang cakerawala ini melalui contoh-contoh ini. Kamu juga perlu berkongsi
apa yang kamu pelajari ini bersama dengan ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan
kamu. Mereka juga tentu gembira mempelajari topik-topik yang menarik ini.
Apabila kamu membaca buku ini, kamu akan lihat bahawa Allah, Pencipta
kita, telah menjadikan alam ini dan semua makhluk di dalamnya. Kamu juga
akan melihat bahawa Allah menjadikan matahari, bulan dan Bumi dan segala
yang berada di alam ini, semoga dengan itu kita dapat hidup dengan lebih
gembira dan selesa, dan untuk menguji kita.
Sekarang mari kita mulakan perjalanan hebat kita ke alam semesta.
|