Keabadian Baru Bermula - Harun Yahya
Keabadian Baru Bermula



RAHSIA DI SEBALIK MATERI

PERINGATAN!

Bab yang akan kamu baca ini mendedahkan satu
RAHSIA TERBESAR di dalam hidup kamu.
Kamu perlu membacanya dengan baik dan teliti kerana
ia berkaitan dengan satu subjek yang
pasti akan mengubah pandangan kamu terhdap dunia luar.
Subjek di dalam bab ini, bukan hanya satu pandangan,
satu pendekatan yang berbeza, atau satu kepercayaan
falsafah kuno; tetapi ia diakui oleh setiap orang,
samada mereka mempercayainya atai tidak, dan ia juga
telah dibuktikan oleh sains hari ini…

------------------------------------------------------------------------------------------

Konsep mengenai 'sifat materi' adalah suatu yang pasti mengubah pandangan seseorang mengenai kehidupan, dan sesungguhnya, keseluruhan kehidupan seseorang, apabila rahsianya telah di ketahui. Subjek ini berkaitan secara langsung dengan pengertian hidup kamu, tanggapan mengenai masa hadapan, ideal, keghairahan, keinginan, perancangan, konsep estim diri, dan kebendaan yang kamu miliki.

Subjek asas dalam bab ini, 'sifat material', bukanlah satu subjek yang pertama kali di bangkitkan hari ini. Sepanjang sejarah kemanusiaan, sudah banyak ahli-ahli fikir dan para saintis yang membincangkan konsep ini. Bermula dari awal lagi, orang-orang yang terlibat dalam isu ini dibahagikan kepada dua golongan, pertamanya di kenali sebagai golongan materialis, yang mendasarkan falsafah mereka dan kehidupan di atas argumen kewujudan material dan hidup dengan menipu diri mereka sendiri. Golongan yang kedua yang lebih ikhlas, dan tidak takut untuk memikirkan dengan lebih dalam, berusaha untuk hidup dengan menggarap intipati 'materi' yang terdedah kepada mereka dan pengertian yang mendalam di sebalik kebendaan. Bagaimanapun, kemajuan sains dan teknologi mutakhir ini akhirnya menamatkan kontroversi ini dengan membuktikan secara terang-terangan fakta dengan bukti yang jelas bahawa kebendaan tidak memiliki sebarang kewujudan yang mutlak.

Kepentingan subjek ini bertolak dari impaknya di dalam keseluruhan hidup manusia. Setiap orang mempunyai masa hidup yang terhad, dan semuanya mengalami ujian dari Tuhan sewaktu masa ini. Setiap individu akan dipertanggungjawapkan berdasarkan kepada jalan yang telah dipilihnya, kelakuan dan sifat yang dilakukannya, kehidupan abadinya kelak akan dibentuk kepada apa yang dilakukannya. Ini bererti dalam kehidupan abadi kelak itu, dia akan dibalas untuk kehidupan yang telah dipilihnya ketika di dunia, dan tidak akan berpeluang lagi untuk memohon ampun dari kesilapannya.

Dari sudut pandangan ini, ianya lebih mudah untuk memahami nilai kehidupan manusia di muka bumi ini. Dan inilah merupakan subjek asas dalam buku ini. Ketika mana setiap manusia hanya mempunyai masa yang singkat, dan akan dibalas dengan kebaikan atau keburukan bagi setiap amalannnya pada kehidupan abadi di hari kemudian, maka sepatutnya ia mesti meluangkan kehidupannya di waktu ini dengan cara yang paling bijak. Sekiranya dia gagal untuk melakukannya, maka di sana penyesalan yang amat sangat akan tersedia untuknya.

Tujuan buku ini adalah untuk membantu manusia sebelum mereka sampai ke peringkat di mana ketika bertaubat, sekali-kali tidak berpeluang pada 'hari itu' ketika mereka menghadap TuhanNya "semuanya bersendirian seperti mana mereka diciptakan olehNya pertama kali". (surah al-An'aam; 94)

Dan dengan itu, hakikat sebendar kebendaan pertamanya harus difahami melalui perspektif saintifik. Seperti yang telah kami nyatakan lebih awal, subjek yang diterangkan di sini adalah jelas, bukan cebisan dari sekadar pendapat atau idea berbentuk falsafah, tetapi merupakan fakta-fakta yang telah terbukti di dalam pelbagai bidang sains. Bagaimanapun, subjek ini bukanlah suatu yang sukar, yang tidak dapat di fahami atau rumit seperti yang selalu dikatakan. Setiap orang yang tidak cenderung dari sebarang bentuk pemikiran dan yang benar-benar ikhlas memikirkan tentang realiti dengan mudah akan sampai kepada satu kesimpulan yang penting berkaitan hidupnya sendiri, apabila dia mula memahami semua fakta ini. Apa yang kamu baca sekarang ini pasti akan menjadi kunci kepada kebanyakan isu yang mana sebelum ini tidak dapat diselesaikan atau sangat sukar untuk difahami, kamu akan dapat lebih memahamai konsep-konsep seperti syurga, neraka, hari kemudian secara lebih terperinci dan hidup dengan menyedari pengertian kehidupan sebenar.

 

Perbincangan Yang Sudah Lama: Apa Hakikat Sebenar Materi?

Seseorang yang secara sedar dan bijak merenung alam semesta yang didiaminya, galaksi-galaksi, planet, keseimbangan di dalamnya, kuasa di dalam struktur atom, ketertiban yang tersergam di setiap sudut dalam alam semesta, jutaan spesis hidupan dikelilingnya, cara hidup dan sifat-sifatnya yang menakjubkan, dan akhirnya tubuh badannya sendiri, pasti dengan segera menyedari bahawa di sana ada sesuatu yang luar biasa mengenai semua kewujudan ini. Ia akan memahami bahawa susunan dengan peraturan yang sempurna dan bijaksana di sekelilingnya pasti tidak terjadi dengan sendirinya, tetapi semestinya mempunyai sang Pencipta.

Soalan yang harus kita jawab ialah; "Siapakah pencipta segala sesuatu ini?"

Ianya jelas bahawa "Fakta Penciptaan", yang mana sangat jelas kelihatan di setiap bahagian dalam alam semesta, pasti tidak terhasil melalui alam semesta sendiri. Sebagai contoh, burung merak, dengan warna dan rekaannya menggambarkan keunggulan kesenian, pasti tidak mencipta dirinya sendiri. Begitu juga, tumbuhan, manusia, bakteria, eritrosit (sel darah merah), begitu juga rama-rama pastinya tidak mencipta diri mereka sendiri. Selanjutnya, kebarangkalian semua entiti ini tercipta secara 'kebetulan' juga terlalu jauh untuk dibayangkan.

Ianya satu bukti bahawa setiap sesuatu yang kita lihat adalah diciptakan, dan tiada suatu pun dari kewujudan yang kita lihat menjadi 'pencipta' kepada diri mereka sendiri. Maha Pencipta berbeza dan lebih tinggi dari apa yang dilihat dengan mata kamu. Dia tidak dapat di lihat, tetapi semua yang diciptaNya menggambarkan kewujudanNya dan sifat-sifatNya.

Ini adalah fakta yang menyangkal orang yang menafikan kewujudan Tuhan. Orang-orang ini telah dibiasakan untuk tidak percaya kewujudanNya kecuali melihatNya dengan mata kepala mereka sendiri. Bagi mereka, di sana terdapat longgokan materi di segenap sudut alam semesta, wujud berterusan selama-lamanya dan Tuhan tidak wujud di mana-mana dalam longgokan materi ini. Sekalipun sekiranya mereka mengembara sejauh beibu-ribu juta tahun cahaya, mereka yakin mereka tidak akan menemui Tuhan. Inilah sebab mereka menafikan kewujudan Tuhan. Dengan itu, orang-orang ini yang menolak fakta mengenai "penciptaan", terpaksa menolak hakikat sebenar manifestasi "penciptaan" yang terdapat di ruang alam semesta dan cuba untuk membuktikan bahawa alam semesta dan makhluk hidupan di dalamnya tidak pernah diciptakan. Bagaimanapun, ianya adalah mustahil bagi mereka untuk melakukan hal ini, kerana setiap sudut alam semesta dipenuhi dengan bukti kewujudan Tuhan.

Kesilapan asas orang-orang yang menafikan Tuhan ini dikongsi oleh kebanyakan orang yang sekalipun tidak menolak kewujudanNya tetapi mempunyai persepsi yang salah terhadapNya. Mereka tidak menafikan tanda-tanda "penciptaan" yang terpancar jelas di setiap ruang tetapi mereka mempunyai kepercayaan karut mengenai "di mana" Tuhan berada. Kebanyakan mereka merasakan bahawa Tuhan berada di atas 'langit'. Mereka beranggapan bahawa Allah berada di sebalik sebuah planet yang amat jauh dan sesekali terganggu dengan 'perkara-perkara duniawi', atau mungkin tidak langsung terganggu. Mereka juga menganggap bahawa Dia menjadikan alam semesta dan kemudian meninggalkannya sendiri dan manusia dibiarkan untuk berhadapan dengan takdir mereka sendiri.

Walaupun sesetengah mereka pernah mendengar bahawa di dalam Al-Qur'an telah tertulis Allah berada 'di mana-mana', tetapi mereka tidak dapat memahami maksud sebenarnya. Disebabkan pemikiran yang silap di dalam pemahaman mereka, mereka menganggap bahawa Tuhan berada di sekeliling- seperti gelombang radio atau seperti gas yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Bagaimanapun, fahaman dan kepercayaan yang tidak dapat menjelaskan di mana Allah berada (dan mungkin kerana itu mereka menafikannya), semuanya berasaskan kepada satu kesilapan yang sama. Mereka berpegang kepada satu perasaan prejudis tanpa sebarang asas dan kemudian menghasilkan pandangan yang menyeleweng terhadap Allah. Apakah prejudis ini?

Prejudis ini adalah berkaitan dengan kesemulajadian dan ciri-ciri kebendaan. Kita terlalu dibiasakan dengan andaian terhadap kewujudan benda sehinggakan kita tidak pernah terfikir samada ia benar-benar wujud atau hanya sekadar bayangan. Sains moden kini telah memusnahkan prejudis ini dan telah mendedahkan satu hakikat yang sangat penting dan amat diperlukan. Di dalam helaian berikutnya, kami akan cuba menjelaskan hakikat hebat ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur'an.

 

Kita Hidup Dalam Dunia Yang Dipersembahkan Oleh Persepsi-Persepsi Kita

Menurut Albert Camus, kamu boleh memahami dan mentaksir setiap yang berlaku melalui sains, tetapi kamu tidak dapat memahami alam dunia. Bagi sebatang pokok, kamu dapat menyentuh kekerasannya: bagi seberkas air, kamu dapat merasanya, bagi tiupan angin, kemu merasakan kesejukannya. Kamu dipenuhi dengan semua ini. 1 Semua maklumat mengenai hakikat dunia yang kita duduki adalah di sampaikan kepada kita melalui lima pancaindera. Dunia yang kita kenali adalah bergantung kepada apa yang mata kita lihat, tangan kita yang menyentuh, hidung kita yang menghidu, lidah kita yang merasa, dan telinga kita yang mendengar. Kita tidak pernah memikirkan bahawa dunia "luar" adalah berbeza daripada apa yang pancaindera kita sampaikan kepada kita memandangkan pancaindera inilah satu-satunya pergantungan kita sejak kita dilahirkan.

Penyelidikan terkini di dalam bidang-bidang sains yang berbeza, bagaimanapun telah menemui satu pemahaman yang sangat berbeza dan menyebabkan keraguan yang serius terhadap pancaindera kita dan dunia yang kita lalui kini.

Berdasarkan kepada penemuan-penemuan saintifik, apa yang kita lihat sebagai "dunia luar' hanyalah hasil dari rangsangan isyarat elektrik yang terbentuk di otak yang dihantar melalui lima organ pancaindera kita. Kepelbagaian warna yang dilihat melalui pancaindera pandangan, perasaan keras atau lembut yang disampaikan oleh pancaindera sentuhan, rasa yang kamu rasai melalui lidah, perbezaat not dan bunyi yang kamu dengar melalui telinga, berbagai macam aroma bau, pekerjaan, rumah, harta benda, baris buku ini, dan selebihnya lagi, ibu dan ayah serta keluarga kamu, ruang dunia yang sentiasa kamu perhatikan, yang kamu kenali, dan semuanya sepanjang kehidupan kamu, hanyalah semata-mata kandungan isyarat-isyarat elektrik yang dikirim melalui organ pancaindera kamu ke dalam otak. Sekalipun ini kelihatan amat sukar pada analisis pertama, tetapi ini adalah merupakan fakta saintifik. Pandangan ahli falsafah terkemuka seperti Bertrand Russell dan L. Wittgeinstein berkenaan subjek ini adalah seperti berikut:

Sebagai contoh, sama ada sebiji lemon benar-benar wujud atau tidak dan bagaimana ia dapat wujud, tidak dapat di persoalkan dan dikaji. Sebiji lemon biasanya mengandungi satu rasa yang dikesan dengan lidah, satu bau yang dikesan dengan hidung, satu warna dan bentuk yang dikesan oleh mata: dan hanya sifat-sifat ini sahajalah yang dijadikan subjek pengkajian dan pentafsiran. Sains tidak akan dapat mengetahui dunia fizik. 2

Frederick Vester menjelaskan peringkat yang telah dicapai oleh sains di dalam subjek ini:

Kenyataan yang dikeluarkan oleh sebahagian saintis yang menyatakan bahawa "manusia adalah sebuah imej, segala yang telah dilalui adalah sementara dan menipu, dan alam semesta kita hanyalah satu bayangan", nampaknya telah dibuktikan oleh sains hari ini.3

Seseorang ahli falsafah terkenal George Berkeley memberikan komentar terhadap subjek ini seperti berikut:

Kita mempercayai kewujudan objek hanya kerana kita melihat dan menyentuhnya, dan ia bertindak balas kepada kita dengan persepsi kita. Bagaimanapun, persepsi kita hanyalah suatu idea di dalam minda. Oleh itu, objek yang kita lihat dengan penglihatan kita tidak lebih daripada idea-idea ini berada di dalam minda, bermakna kita telah tertipu apabila kita membayangkan alam semesta ini dan benda-benda ini wujud di luar minda kita. Oleh itu, (kita menganggap) tidak satu pun yang berada disekeliling, wujud di minda kita. 4

Untuk menjelaskan lagi subjek ini, mari kita kaji pancaindera penglihatan kita yang memberikan kita maklumat-maklumat yang paling ektensif tentang dunia luar.

 

Bagaimana Organ Pancaindera Kita Berfungsi?

Segelintir orang memikirkan sedalamnya tentang bagaimana perbuatan melihat terjadi. Setiap orang menjawap persoalan "bagaimana kita melihat?" dengan berkata "sudah pasti kita melihat dengan mata". Bagaimanapun, apabila kita melihat kepada penjelasan proses teknikal perbuatan melihat, ianya seperti suatu yang biasa. Perbuatan melihat direalisasikan secara progresif. Sekelompok cahaya (foton) yang bergerak daripada objek ke mata menembusi kanta di bahagian depan mata di mana ia dipecahkan dan jatuh dalam keadaan songsang di atas retina yang terletak di bahagian belakang mata. Di sini, cahaya yang sampai telah diubah menjadi isyarat elektrik yang di pancarkan oleh neuron ke satu titik kecil yang digelar pusat penglihatan yang berada di bahagian belakang otak. Isyarat elektrik ini diterima sebagai sebuah imej di pusat ini yang berada di dalam otak (serebrum) selepas melalui beberapa proses. Perbuatan melihat sebenarnya berlaku di titik kecil ini iaitu di bahagian belakang otak yang gelap gelita dan sama sekali terasing daripada cahaya.

Sekarang, mari kita kaji semula proses ini. Apabila kita menyatakan "saya melihat", sebenarnya ia adalah kesan utusan yang sampai ke mata dan merangsang otak kita setelah ia ditukarkan kepada isyarat elektrik, oleh itu, apabila kita menyatakan "saya melihat", kita sebenarnya 'memandang' kepada isyarat elektrik di dalam minda (serebrum) kita.

Semua imej yang kita lihat di dalam hidup kita terbentuk di dalam pusat penglihatan kita, yang terbentuk daripada beberapa sentimeter kubik daripada keluasan otak. Buku yang kamu sedang baca dalam landskap yang kamu lihat apabila kamu merenung ke arah ufuk, lautan yang luas, dan kesesakan manusia yang menyertai marathon, termuat di dalam tempat kecil ini. Satu fakta yang perlu di letakkan di minda seperti yang di sebut sebelum ini, iaitu otak terhindar daripada cahaya: di dalamnya sama sekali gelap. Otak tidak mempunyai sebarang hubungan secara langsung dengan cahaya. Kawasan yang dipanggil pusat penglihatan adalah satu kawasan yang amat gelap, yang kedap dari cahaya, yang kamu sendiri tidak pernah mengalaminya di mana-mana sebelum ini. Bagaimanapun, kamu melihat cahaya terang, dunia berwarna-warni dalam tempat yang gelap gelita ini. Alam berwarna-warni, landskap yang bersinar, kehijauan, warna buah-buahan, berjenis-jenis bunga, cahaya matahari yang terang benderang, kesesakan manusia di tepi jalan yang sesak, kenderaan yang bergerak pantas di jalanraya, beratus-ratus pakaian di pusat membeli-belah, dan segalanya adalah imej-imej yang terbentuk di kawasan gelap gelita ini. Bahkan formasi warna-warna dalam kegelapan ini masih belum ditemui. Klaus Budzinski menjelaskan:

.....Kromatis tidak dapat menjawab persoalan tentang bagaimana jaringan di dalam mata yang mengesan cahaya seperti warna memindahkan maklumat ini ke dalam otak melalui saraf penglihatan dan apa jenis rangsangan berbentuk fisologi-fizikal lakukan di dalam otak.5

Kita dapat menerangkan situasi hubungan ini dengan satu contoh. Kita andaikan terdapat sebatang lilin bernyala di hadapan kita. Kita boleh duduk berhadapan dengan lilin ini dan melihatnya. Bagaimanapun, sepanjang waktu ini, otak kita tidak pernah mempunyai sebarang hubungan terus dengan cahaya lilin tersebut. Walaupun kita melihat cahaya lilin, bahagian dalaman otak kita adalah gelap. Kita melihat imej berwarna-warni dan terang di dalam otak yang gelap.


Begitu juga halnya kepada cahaya matahari. pandangan kamu silau dalam cahaya matahari atau perasaan kehangatan haba di kulit kamu tidak merubah kenyatan bahawa semua ini hanyalah sekadar persepsi dan pusat penglihatan di dalam otak kamu adalah tetap gelap gelita.

R.L. Gregory memberikan penjelasan seperti berikut tentang aspek penglihatan yang menakjubkan-yang kita anggap seolah-olah benar:

Kita amat biasa dengan perbuatan melihat, sehinggakan ia memerlukan imaginasi yang tinggi untuk menyedari bahawa terdapat masalah yang perlu diselesaikan. Tetapi dengan menimbangkan perkara ini, kita diberikan imej- imej kecil yang terbalik di dalam mata kita, dan kita melihat objek-objek pejal yang terpisah di kawasan sekeliling. Daripada corak-corak simulasi pada retina, kita menerima dunia objek-objek, dan ini merupakan keajaiban. 6

Situasi yang sama berlaku kepada semua pancaindera kita yang lain. Bunyi, sentuhan, rasa dan bau, semuanya telah ditukarkan ke otak sebagai isyarat elektrik dan di terima di pusat otak.

Deria pendengaran juga berlaku dengan cara yang sama. Telinga luar menangkap bunyi-bunyi dengan cuping telinga dan menghantarnya ke bahagian telinga tengah: telinga tengah memancarkan getaran bunyi ke bahagian telinga dalam dengan menguatkannya: telinga dalam menghantar getaran ini ke otak dengan menukarnya ke isyarat elektrik. Seperti mata juga, perbuatan mendengar berakhir di pusat pendengaran dalam otak (serebrum). Otak tidak menerima bunyi sepertimana ia tidak menerima cahaya. Oleh itu, walau sebising mana pun di luar, di dalam otak adalah amat sunyi sepi.

Oleh itu, walau bunyi yang sangat halus sekali pun dapat diterima di dalam otak. Dengan ketepatan seperti ini seorang yang sihat dapat mendengar segala-galanya tanpa sebarang bunyi gemersik atau gangguan. Di dalam otak kamu yang terpisah daripada bunyi, kamu mendengar simfoni sebuah orkestra, mendengar semua bunyi di dalam satu tempat yang sesak, dan menerima semua bunyi-bunyian di dalam batas frekuensi yang luas, daripada bunyi gerisik sehelai daun sehingga desingan sebuah jet. Tetapi, sekiranya kadar bunyi di dalam otak kamu diukur dengan alat yang sensitif pada waktu tersebut, kamu akan mendapati bahawa ia berada di dalam keadaan yang paling senyap.

Persepi bau kita juga terbentuk dengan cara yang sama. Molekul-molekul yang mudah meruap terpancar oleh benda-benda seperti vanilla atau sekuntum bunga mawar yang mencecah reseptor di rerambut halus di kawasan tisu epitelium dalam hidung dan terlibat di dalam satu tindak balas. Tindak balas ini di hantar ke otak sebagai isyarat elektrik dan diterima sebagai suatu bau. Semua yang kita hidu, wangi atau yang busuk, tidak lebih daripada penerimaan otak terhadap tindak balas molekul-molekul yang mudah meruap setelah ia ditukarkan menjadi isyarat elektrik. Kamu menerima haruman minyak wangi, sekuntum bunga mawar, makanan yang kamu minati, laut, atau bau-bauan lain yang kamu gemari atau tidak di dalam otak kamu. Molekul-molekul mereka sebenarnya tidak mencecah otak. Seperti juga dengan cahaya dan bunyi, apa yang sampai ke otak kamu ialah isyarat-isyarat elektrik. Dengan kata lain, semua bau-bauan yang kamu sangkakan kepunyaan objek-objek luar sejak kamu di lahirkan sebenarnya hanyalah isyarat-isyarat elektrik yang kamu rasai melalui organ-organ deria kamu. Berkeley juga berkata:

Pada permulaannya, ianya dipercayai bahawa warna-warni, bau-bauan, dan lain-lain, 'benar-benar wujud' tetapi kemudiannya pandangan seperti ini dijelaskan semula, dan ianya diperhatikan bahawa ianya hanya wujud dalam keadaan bergantung kepada pancaindera kita.7

Umumnya, terdapat empat jenis reseptor yang berbeza di bahagian depan lidah manusia. Ia mewakili rasa masin, manis, masam, dan pahit. Reseptor rasa kita menukarkan persepsi-persepsi ini kepada isyarat elektrik selepas melalui beberapa proses kimia dan menghantarnya ke otak. Isyarat-isyarat diterima sebagai 'rasa' oleh otak. Rasa yang kamu dapati ketika memakan sebiji coklat atau buah-buahan yang kamu gemari adalah tafsiran isyarat-isyarat elektrik oleh otak. Kamu tidak akan dapat mencapai objek di luar, kamu tidak akan dapat melihat, menghidu atau merasa coklat itu sendiri. Sebagai contoh, sekiranya saraf rasa yang bersambung dengan otak kamu terputus, maka tidak satu pun yang kamu makan pada waktu itu akan sampai kepada otak kamu; kamu telah kehilangan deria rasa kamu.

Pada peringkat ini, kita berhadapan dengan satu lagi fakta:

Kita tidak dapat memastikan apakah yang kita rasai ketika mencuba sejenis makan dan apa yang orang lain rasa apabila mencuba makanan yang sama, atau apa yang kita terima apabila kita mendengar satu bunyi yang sama. Lincoln Barnett menyatakan bahawa tidak seorang pun tahu bagaimana orang lain menerima warna merah atau not c (muzik), seperti yang diterimanya. 8

Kita hanya akan mampu selagi mana organ pancaindera kita bersama kita. Adalah amat mustahil bagi kita untuk menjangkau realiti fizikal di luar dari diri kita secara langsung. Ianya sekali lagi adalah tafsiran otak. Kita tidak akan selamanya menerima yang asli. Hal ini, sekalipun kita bercakap tentang benda yang sama, otak orang lain boleh jadi merasakan sesuatu yang berbeza. Sebab hal ini ialah bahawa apa yang dirasakan adalah bergantung kepada orang yang merasa.

Deria sentuhan kita juga tidak berbeza dengan deria-deria yang lain. Apabila kita menyentuh satu objek, semua maklumat-maklumat yang akan membantu kita untuk mengenal pasti dunia luar dan objek-objek telah dihantar ke otak oleh saraf deria yang terletak di permukaan kulit. Rasa sentuhan terbentuk di otak kita. Bertentangan dengan kepercayaan ramai, tempat di mana kita menerima kesan sentuhan bukannya di hujung jari atau kulit kita, tetapi kita menerimanya di pusat sentuhan di dalam otak kita. Hasil daripada tafsiran otak terhadap simulasi elektrik yang berbeza mewakili objek-objek ini seperti kekerasan atau kelembutan, kepanasan atau kesejukan. Kita memperoleh semua maklumat yang membantu kita untuk mengenal pasti sesuatu objek daripada simulasi-simulasi ini. Seorang ahli falsafah terkemuka Bertrand Russell memberikan komen berkaitan:

Sentuhan yang kita rasa apabila menyentuh meja dengan jari-jemari adalah sebuah gangguan elektrik ke atas elektron dan proton di hujung jari kita, yang terhasil, menurut ilmu fizik moden, oleh keterhampiran elektron dan proton di dalam meja. Sekiranya gangguan yang sama muncul di dalam hujung jari kita dengan cara lain kita akan mengalami rasa yang sama, walaupun sebenarnya tidak ada meja. 9

Kenyataan bahawa dunia luaran dapat diidentifikasi secara lengkap menerusi pancaindera adalah sebuah fakta saintifik, dalam bukunya, A Treastise Concerning the Principles of Human Knowledge, George Berkeley mengulas hal berikut:

Melalui penglihatan, saya mempunyai idea mengenai cahaya dan warna, dengan beberapa darjah dan kepelbagaian. Melalui sentuhan saya merasakan keras dan lembut, panas dan sejuk, gerakan dan halangan...menghidu hiasan saya dengan bauan; langit-langit dengan rasa: dan pendengaran menyampaikan bunyi-bunyian....dan selebihnya dilihat bergabung antara satu sama lain, mereka hadir dikenali melalui satu nama, dan dinamakan sebagai satu benda. Dengan ini, sebagai contoh, satu warna tertentu, rasa, bau, bentuk dan konsisten yang diperhatikan wujud bersama-sama adalah dianggap satu benda yang jelas, dikenali dengan nama epal; antara lain himpunan-himpunan idea mengandungi sebuah batu, sebatang pokok, dan barang yang boleh difahami...10

Dengan itu, melalui pemprosesan data di pusat penglihatan, otak kita tidak berhadapan dengan sebarang bunyi, bauan, rasa dan sentuhan sepanjang kehidupan kita dalam bentuk 'asaal' material mereka di luar sana, tetapi hanyalah salinan yang terbentuk di dalam otak kita. Pada titik inilah kita dikelirukan dengan menganggap semua salinan-salinan adalah contoh keadaan sebenar materi di lingkungan luar kita. Bagaimanapun, seperti yang kita lihat di dalam buku ini, di sana masih terdapat para ahli fikir dan saintis yang tidak di tipu oleh kekeliruan anggapan seperti ini, dan yang telah menyedari fakta ini.

Bahkan Ali Demisroy, seorang daripada golongan materialis terkemuka berbangsa Turki, juga turut mengakui kebenaran ini:

Sebenarnya, di sana tidak terdapat cahaya seperti yang kita lihat juga tidak ada suara seperti yang kita dengar juga tiada kepanasan yang kita rasakan di dalam alam semesta. Pancaindara kita mengelirukan kita di antara dunia luaran dan otak dan memberikan tafsiran yang mana tidak relevan terhadap realiti di dalam otak.11

 

Adakah Seluruh Kehidupan Kita Berlangsung di Dalam Otak?

Melalui fakta fizikal yang diterangkan sejauh ini, kita dapat menyimpulkan hal yang berikut: Setiap benda yang kita lihat, sentuh, dengar, dan rasakan seperti 'materi', 'dunia' atau 'alam semesta' hanyalah isyarat elektrik yang terhasil di dalam otak kita. Oleh itu, seorang yang meminum jus oren tidak berhadapan dengan perbuatan meminum tetapi hanyalah persepsinya di dalam otak. Objek yang dianggap oleh orang yang melihat sebagai 'minuman' sebenarnya mengandungi tarikan elektrikal mengenai warna, rasa manis dan rasa cecair oren jus itu hanya di dalam otak. Keadaan ini juga tidak berbeza ketika memakan coklat: data berbentuk elektrik berkenaan bentuk, rasa, bau dan kekerasan coklat adalah di rasakan di otak. Sekiranya saraf penglihatan yang berhubung dengan otak di putuskan secara tiba-tiba, imej mengenai coklat juga akan lenyap mendadak. Pemutusan di dalam saraf yang menghubungkan pengesan di dalam hidung kepada otak pasti akan merosakkan pancaindera menghidu.

Contoh yang mudah, pokok yang kamu lihat, objek yang kamu hidu, coklat yang kamu rasa, jus oren yang kamu minum, hanyalah sekadar tafsiran otak terhadap isyarat-isyarat elektrik (impuls).

Satu perkara yang harus diperhatikan, yang mungkin juga satu penipuan, ialah perasaan mengenai jarak. Sebagai contoh, jarak di antara kamu dan buku ini hanyalah sebuah perasaan jarak yang terbentuk di otak kamu. Objek-objek yang kelihatan berjarak dari sudut pandangan manusia juga hanya wujud di dalam otak. Contohnya, seseorang yang melihat bintang-bintang di langit menganggap bahawa bintang itu terletak berjuta-juta tahun cahaya jauh daripadanya. Tetapi, apa yang dilihatnya adalah bintang yang terletak di dalam dirinya, di pusat penglihatannya. Sewaktu dalam penerbangan, seorang melihat sebuah kota yang berada di bawah dari atas kapal dan memikirkan bahawa ianya terletak beberapa kilometer darinya. Akan tetapi, keseluruhan keluasan dan kelebaran kota itu adalah terletak di dalam otaknya bersama-sama dengan penduduk kota itu.

Hari ini, semua data saintifik membuktikan bahawa imej yang kita terima adalah terbentuk di dalam otak kita.

Di sana masih terdapat beberapa kekeliruan, tetapi faktor yang paling penting: ketika kamu membca garis ini, kamu sebenarnya, tidaklah berada di dalam bilik yang kamu anggap kamu berada di dalamnya, sebaliknya bilik itulah yang berada di dalam diri kamu, penglihatan kamu kepada tubuh badan kamu membuatkan kamu merasakan bahawa kamu berada di dalamnya, tetapi, suatu yang harus diingat ialah tubuh badan kamu juga adalah sebuah imej yang terbentuk di dalam otak kamu. Bertrand Russell menyatakan kenyataan berikut berkenaan subjek ini;

Apa yang dapat kita katakan, berasaskan fizik itu sendiri ialah bahawa apa yang sehingga kini kita panggil jasad kita adalah sebenarnya satu pembinaan saintifik yang teliti yang tidak berkaitan dengan sebarang realiti fizikal. 12

Kebenarannya adalah sangat jelas. Sekiranya kita dapat merasa dunia luar melalui organ pancaindera, maka di sana tidak akan terdapat alasan yang konsisten untuk kita menganggap jasad kita terpisah dari dunia luar, iaitu, untuk menyetujui bahawa jasad kita mempunyai kewujudan terpisah.

Jasad kita juga dipersembahkan kepada kita melalui rangsangan elektrik (impuls) yang sampai ke otak kita. Impuls ini, seperti mana yang lain ditukarkan kepada sensasi atau perasaan tertentu di dalam otak kita. Sebagai contoh, perasaan menyentuh terjadi apabila kita menyentuh jasad kita dengan tangan, perasan berat adalah disebabkan tarikan graviti, perasaan melihat disebabkan oleh sinar cahaya yang dipancarkan dari badan kita, dan lain-lain... semua ini ditafsirkan sebagai satu "himpunan perasaan" oleh otak, dan kita 'merasa' jasad kita. Sebagaimana yang didedahkan oleh fakta saintifik ini, sepanjang hidup kita, kita tidak didedahkan kepada jasad asal kita, tetapi adalah kepada impuls yang sampai ke otak berkaitan dengan jasad kita. Impuls ini diidentifikasikan sebagai 'jasad kita' dalam bentuk persepsi.

Hal yang sama juga berkaitan lain-lain persepsi. Sebagai contoh, apabila kamu memikirkan bahawa kamu mendengar suara televisyen di bilik sebelah, kamu sebenarnya mengalami suara itu di dalam otak. Kamu boleh membuktikan bahawa bilik itu tidak wujud di sebelah kamu dan suara itu tidak datang dari televisyen di bilik itu. Kedua-dua suara yang kamu rasakan datang ke arah kamu sejauh beberapa meter dan perbualan seorang yang berada di sebelah kamu adalah diterima di dalam sebuah pusat pendengaran di dalam otak kamu yang hanya sebesar beberapa sentimeter kubik. Bertolak dari pusat persepsi ini, tiada konsep seperti kanan atau kiri, depan atau belakang yang wujud. Apa yang sebenarnya ialah bunyi-bunyian itu tidak datang ke arah kamu dari kanan atau kiri atau dari udara: di sana tidak terdapat arah dari mana bunyi datang.

Bau yang kamu terima juga seperti ini; tiada suatu bauan yang datang ke arah kamu dari jarak yang jauh. Kamu merasai kesan-akhir yang terbentuk di pusat penghiduan sebagai bau sebuah objek di dunia luar. Tetapi, seperti mana imej sekuntum bunga ros berada di pusat penglihatan kamu, begitu juga bau bunga itu adalah di dalam pusat penghiduan di dalam otak; di sana tidak terdapat sekuntum bunga ros maupun baunya di dunia luar.

Fakta yang sama juga benar bagi haba. Seorang dari ahli falsafah terkemuka di eranya, George Berkeley, menerangkan dengan contoh berikut bahawa perasan seperti kesejukan atau kepanasan tidak dapat ditentukan wujud di luar dari otak;

Anggaplah sekarang salah satu dari kedua belah tangan kamu panas dan sebelah lagi sejuk, dan kedua-duanya berada di dalam sebuah besen, dalam keadaan perantaraan; bukankah air itu akan di rasakan sejuk oleh sebelah tangan dan panas oleh tangan yang lain?.13

Berkeley adalah benar dalam analisisnya. Sekiranya panas atau sejuk wujud dalam materi itu sendiri, kedua belah tangan akan merasakan benda yang sama.

'Dunia luar' yang dihadapkan kepada kita oleh persepsi hanyalah sekadar sebuah koleksi isyarat elektrik yang sampai ke dalam otak kita. Sepanjang hidup, otak kita memproses dan menafsirkan isyarat-isyarat ini dan kita hidup tanpa mengetahui bahawa kita adalah tersilap ketika menganggap bahawa semua ini adalah versi asal material yang wujud dalam di 'dunia luar'. Kita dikelirukan kerana kita tidak akan dapat mencapai semua entiti ini melalui pancaindera kita. Hal ini adalah amat penting.

Selanjutnya, otak kita sekali lagi mentafsir dan memberikan maksud kepada isyarat-isyarat yang kita anggap sebagai 'dunia luar'. Sebagai contoh, mari kita perhatikan pancaindera pendengaran. Otak kita memindahkan gelombang bunyi di 'dunia luar' kepada satu alunan. Ini bermaksud, muzik juga adalah satu persepsi yang dihasilkan oleh otak. Dengan cara yang sama, apabila kita melihat warna, apa yang sampai kepada mata kita hanyalah sekadar satu set isyarat elektrik yang mempunyai panjang gelombang yang berbeza. Sekali lagi otak kita menukarkan isyarat ini kepada warna-warna. Di sana tidak terdapat sebarang warna di dalam 'dunia luar'. Bukanlah limau berwarna kuning, bukan juga langit berwarna biru dan bukan juga pokok-pokok berwarna hijau. Semua itu adalah dalam keadaan demikian kerana kita menerimanya sedemikian bentuknya. 'Dunia luar' bergantung sepenuhnya kepada orang yang mempersepsikannya. Buta warna adalah satu bukti penting dalam hal ini. Sekali pun sedikit kerosakan di dalam retina mata akan menyebabkan buta warna. Setengah orang menerima warna biru sebagai hijau, dan merah sebagai biru. Pada titik ini, ianya tidaklah penting samada objek di luar itu berwarna atau tidak.

Menurut Berkeley seorng ahli fikir terkemuka;

Sekiranya benda yang sama boleh menjadi merah dan panas bagi sesetengah orang dan sebaliknya bagi setengah yang lain, ini bermakna bahawa kita adalah berada di bawah pengaruh kekeliruan dan 'benda' itu hanya wujud di dalam minda kita.14

Sebagai kesimpulannya, sebab mengapa kita melihat objek sebagai suatu berwarna ialah bukan kerana ianya berwarna atau kerana objek itu mempunyai kewujudan material yang terpisah di luar dari diri kita. Sekiranya warna wujud di luar dari kita, kecacatan yang dipanggil buta warna tidak akan wujud. Kebenaran dalam hal ini adalah lebih cenderung bahawa semua ukuran-ukuran yang kita berikan kepada objek adalah di dalam diri kita dan bukanlah 'dunia luar'.

 

Adakah kewujudan 'Dunia Luar' penting?

Sejauh ini, kita telah berulang kali bercakap mengenai kewujudan sebuah dunia persepsi yang terbentuk di dalam otak kita, dan membuat penegasan bahawa kita tidak sama sekali mampu mencapai dunia ini. Maka, bagaimana kita mampu untuk memastikan dunia seperti itu benar-benar wujud?

Sebenarnya kita tidak mampu. Disebabkan setiap objek hanyalah sebuah koleksi persepsi dan persepsi-persepsi itu hanya wujud di dalam minda, ianya lebih tepat untuk mengatakan bahawa satu-satunya dunia yang benar-benar wujud ialah dunia persepsi. Satu-satunya dunia yang kita tahu ialah dunia yang wujud di dalam minda kita; dunia yang dibentuk, di rakam dan dijadikan jelas di sana; ringkasnya, dunia yang dicipta di dalam minda kita. Hanya dunia ini yang kita pasti kewujudannya.

Kita tidak akan dapat membuktikan bahawa persepsi yang kita lihat di dalam otak kita mempunyai bahan-bahan yang berkaitan, persepsi-persepsi ini mungkin datang daripada sumber-sumber "tiruan".

Kita boleh menggambarkan hal ini dengan sebuah contoh;

Pertama, mari kita bayangkan, kami mengeluarkan otak kamu dari jasad kamu dan membiarkannya berfungsi secara tiruan dalam sebuah balang kaca. Di sebelahnya, kita letakkan sebuah komputer yang menghasilkan semua jenis isyarat elektrik. Kemudian, secara tiruan kita menghasilkan dan merakam isyarat elektrik mengenai data yang berkaitan dengan 'setting' kepada komputer ini, seperti imej, bunyi, bau, keras dan lembut, rasa dan imej tubuh badan. Eksperimen ini dijalankan ke atas otak kamu yang dikeluarkan dari tubuh badan di sebuah puncak gunung. Akhirnya, kita sambungkan komputer kepada otak yang berada di dalam balang kaca dengan elektrod-elektrod yang akan berfungsi sebagai saraf dan menghantar data yang dirakamkan ke otak kamu yang sekarang berada di puncak gunung. Otak kamu (yang secara literalnya) akan mengesan semua isyarat-isyarat ini, ia akan melihat dan mengalami 'setting' yang berkaitan. Sebagai contoh, kita mengganggap setiap maklumat yang datang ke minda ialah perlawanan bola dalam sebuah stadium dapat dihasilkan atau di rakam - dengan cara yang boleh diterima melalui organ pancaindera. Dalam otak kamu, yang berada di puncak gunung, dengan alat perakam yang dihubungkan kepadanya, kamu akan merasakan seolah-olah kamu benar-benar hidup dalam 'set' yang diciptakan ini. Kamu akan merasakan bahawa kamu menonton perlawanan itu. Kamu akan bersorak, kadang-kadang marah dan merasa gembira. Bahkan, kamu akan berhimpit-himpit dengan orang lain kerana kesesakan, dan juga merasakan kewujudan mereka. Apa yang menariknya, semuanya begitu jelas sehinggakan kamu tidak sedikit pun meragui kewujudan semua keadaan ini di dalam jasad kamu. Ataupun sekiranya kami menghantar isyarat elektrik seperti melihat, mendengar dan menyentuh ke otak kamu yang kamu rasakan seperti sedang duduk menghadap sebuah meja, otak kamu akan merasakan dirinya sebagai seorang ahli perniagaan yang sedang duduk di dalam pejabatnya. Dunia imaginasi ini akan berterusan selamanya selagi mana semua rangsangan itu sentiasa membanjiri otak kamu dari komputer. Ianya sudah pasti amat mustahil untuk memahami bahawa kamu hanyalah sekadar sebuah otak. Ini adalah kerana apa yang diperlukan untuk membentuk sebuah dunia di dalam otak kamu bukanlah sebuah dunia yang benar-benar wujud tetapi hanyalah sekadar rangsangan. Ianya adalah amat mungkin bahawa semua rangsangan ini datang dari sumber tiruan, alat perakam atau sebuah sumber persepsi yang berbeza. Eksperimen-eksperimen yang dijalankan mengenai subjek ini mendedahkan fakta ini.

Di Amerika Syarikat, Dr White dari hospital Cleveland, bersama-sama dengan rakan-rakannya, pakar dalam bidang elektronik, melaksanakan satu kajian yang hebat iaitu menghidupkan 'cyborg'. Apa yang berjaya dilakukan oleh Dr White ialah memisahkan otak seekor beruk dari tengkoraknya dan membekalkannya dengan oksigen dan darah. Otak itu, yang disambungkan kepada sebuah mesin tiruan "Heart Lung Machine', dapat bertahan untuk hidup selama lima jam. Alat itu, yang dipanggil Electro Encephalogram yang disambungkan kepada otak yang dikeluarkan itu diidentifikasikan ke dalam E.E.G merakamkan bahawa suasana bising disekelingnya dapat di dengar oleh otak ini dan ia bertindak balas kepadanya. 15

Seperti mana yang telah kita lihat, ianya sangat mungkin bahawa kita menerima sebuah dunia luar yang diberikan oleh rangsangan palsu. Simbol-simbol yang akan kamu terima dengan lima pancaindera adalah cukup untuk tujuan ini. Selain dari simbol-silmbol ini, di sana tidak apa lagi yang tinggal di dunia luar.

Ianya suatu yang sangat mudah bagi kita untuk tertipu ketika mempercayai persepsi-persepsi ini benar-benar wujud, tanpa sebarang kaitan dengan material,. Kita sering mengalami perasaan ini di dalam mimpi kita, di mana kita mengalami peristiwa-peristiwa, melihat manusia, objek dan suasana yang kelihatan seolah-olah wujud. Akan tetapi, semuanya itu, tanpa sebarang pengecualian, hanyalah sekadar persepsi. Di sana tidak terdapat perbezaan asas antara dunia 'mimpi' dan 'sebenar'; kedua-duanya dialami di dalam otak.

 

Siapa penerima?

Seperti yang telah kita lihat setakat ini, tidak dapat diragui kenyataan bahawa dunia yang kita sangkakan kita mendiaminya dan yang kita menggelarnya 'dunia luar' telah dicipta di dalam otak kita. Tetapi di sini timbul beberapa persoalan penting; adakah kuasa yang melihat semua persepsi ini adalah otak sendiri?

Apabila kita menganalisis otak, kita mendapati bahawa ia hanya mengandungi molekul-molekul lipid dan protein sahaja, yang juga wujud dalam organisma lain. Seperti yang jelas diketahui, asas bagi semua protein ini adalah atom. Ini bererti, di dalam secebis daging yang kita gelar 'otak', tidak ada sebarang benda untuk melihat imej, untuk membentuk kesedaran, atau untuk menjadikan kewujudan yang kita panggil "diri sendiri".

R.L Gregory merujuk kepada kesilapan umum manusia berkaitan persepsi-persepsi imej yang terdapat di dalam otak:

Terdapat satu pandangan yang perlu dijauhi iaitu dengan mengatakan bahawa mata menghasilkan gambaran di dalam otak. Sebuah gambar di dalam otak memerlukan semacam mata dalaman untuk melihatnya -tetapi ini memerlukan satu mata tambahan lain pula untuk melihat gambarnya.... dan demikianlah berterusan kemunduran mata dan gambar. Ini semua adalah mustahil. 16

Keadaan inilah yang meletakkan para materialis yang tidak menerima perkara lain melainkan kebendaan sebagai benar, di dalam kebingungan. Kepunyaan siapakah 'mata dalaman' yang melihat, yang menerima apa yang ia lihat dan bertindak balas?

Karl Pribram juga menumpukan kepada persoalan penting ini di dalam dunia sains dan falsafah tentang siapakah yang menerima;

Ahli falsafah sejak zaman Greek telah memikirkan tentang 'hantu di dalam mesin', 'manusia kecil di dalam manusia kecil' dan sebagainya. Di manakah 'saya', orang yang menggunakan otaknya?. Siapakah yang merealisasikan perbuatan mengetahui?. Seperti yang dinyatakan oleh St Francis dari Assisi, 'kita mengkaji apa yang kita lihat".17

Sekarang fikirkan; buku di tangan kamu, bilik di mana kamu berada, ringkasnya semua imej di hadapan kamu dilihat di dalam otak kamu. Apakah atom-atom yang melihat imej-imej ini? Atom-atom yang buta, tuli dan mati?. Mengapa sebahagian atom memperolehi kualiti-kualiti ini sementara yang lain tidak? Apakah perbuatan kita berfikir, memahami, mengingati, gembira, sedih dan sebagainya mengandungi reaksi-reaksi elektrokimia di antara atom-atom ini?. Tidak, otak tidak mampu untuk menjadi kuasa yang melaksanakan semua kerja-kerja ini.

Dalam bab yang telah lalu, kita telah menunjukkan bahawa tubuh badan kita juga temasuk dalam himpunan persepsi yang kita panggil 'dunia luar'. Dengan itu, disebabkan otak kita juga adalah sebahagian dari tubuh badan kita, ia juga adalah sebuah bahagian dari himpunan persepsi. Oleh kerana otak sendiri adalah sebahagian persepsi, maka ia bukanlah kuasa yang merasakan persepsi yang lain.

Dalam bukunya, ABC of Relativity, Bertrand Russell memfokuskan pandangan ke dalam subjek ini sebagai berikut;

Sudah tentu, sekiranya materi secara umumnya ditafsirkan sebagai satu kumpulan peristiwa-peristiwa, ia juga mesti meliputi mata, saraf optik dan otak.18

Ianya jelas bahawa zat yang melihat, mendengar, mengesan dan merasa adalah suatu zat yang melebihi material, yang tidak dapat difikirkan oleh materi, merasa, gembira atau tidak, adalah suatu yang tidak mungkin untuk dilakukan oleh sekadar tubuh badan. Dengan itu, zat ini bukanlah materi, bukan juga imej, tetapi ianya adalah 'nyawa'. Zat ini berhubung dengan 'skrin' di hadapannya dengan menggunakan imej badan kita.

Satu contoh mengenai mimpi akan menjelaskan subjek ini. Cuba bayangkan (selaras dengan apa yang telah disebutkan sejauh ini) bahawa kita melihat mimpi di dalam otak kita. Sewaktu bermimpi, kita akan mempunyai sebuah badan bayangan, tangan bayangan, mata bayangan, dan otak bayangan, sekiranya sewaktu kita bermimpi, kita ditanya, "di mana kamu melihat? Kita akan menjawap, 'saya melihat di dalam otak' sekiranya kita ditanya di mana otak kita dan bagaimana rupa otak itu, kita akan mendongak kepala bayangan kita di atas badan bayangan dengan tangan bayangan kita dan berkata, 'otak saya adalah seketul daging di dalam kepala saya dengan anggaran beratnya lebih dari sekilo'.

Tetapi, sebenarnya di sana tidak ada otak yang ingin diperkatakan, tetapi hanyalah kepala bayangan dan otak bayangan. Orang yang melihat imej-imej bukanlah otak bayangan di dalam mimpi, tetapi satu 'zat' yang lebih 'tinggi' darinya.

Kita tahu bahawa di sana tidak ada kejelasan fizikal di antara keadaan sebuah mimpi dan keadaaan apa yang kita panggil kehidupan sebenar. Jadi, apabila kita ditanya berkenaan keadaan di dalam apa yang kita panggil kehidupan sebenar soalan di atas; di mana kamu melihat? Ianya suatu yang tidak berfaedah dengan menjawab 'di dalam otak' seperti mana dalam contoh di atas. Dalam kedua-dua keadaan, entiti yang melihat dan merasa bukanlah otak yang hanya merupakan sebungkus daging. Menyedari fakta ini, Bergson berkata dalam bukunya, Matter and Memory, ringkasannya bahawa "dunia terbina dari imej-imej, imej ini hanya wujud dalam kesedaran kita; dan otak adalah satu dari imej ini". 19

Oleh yang demikian, oleh kerana otak adalah sebahagian dunia luar, di sana ada kuasa yang menerima semua imej-imej ini. Zat ini adalah "roh".

Longgokan-longgokan persepsi yang kita panggil 'material dunia' hanyalah sekadar sebuah mimpi yang dilihat oleh roh ini. Seperti mana tubuh badan yang kita miliki dan dunia material yang kita lihat di dalam mimpi kita tidak mempunyai sebarang realiti, alam semesta yang kita tinggal dan jasad yang kita miliki juga tidak mempunyai sebarang realiti material. Ahli falsafah Britain terkemuka David Hume meluahkan pandangannya berhubung fakta ini;

Bagi saya, apabila saya memasuki hubungan ke dalam apa yang saya panggil diri saya, saya selalu tersandung berhadapan beberapa persepsi khusus atau yang lain, mengenai panas dan sejuk, cahaya atau gelap, sayang atau benci, sakit atau seronok. Saya tidak akan selamanya dapat menangkap diri saya tanpa sebarang persepsi, dan tidak selamanya akan melihat sebarang benda kecuali persepsi. 20

Zat yang realiti adalah roh. Materi hanya mengandungi sekadar persepsi-persepsi yang dilihat oleh roh. Zat yang sedar yang menulis dan membaca garis-garis ini bukanlah longgokan atom dan molekul dan reaksi kimia antaranya, tetapi adalah sebuah 'roh'.

 

Zat mutlak yang sebenar

Semua fakta-fakta ini telah membawa kita untuk berhadapan dengan sebuah persoalan yang amat penting. Sekiranya semua benda yang kita ketahui sebagai dunia material terdiri daripada persepsi-persepsi yang dilihat oleh roh kita, oleh itu apakah sumber persepsi-persepsi ini?

Untuk menjawab persoalan-persoalan tersebut, kita perlu mengambil kira fakta berikut: benda tidak mempunyai sebuah kawalan-kewujudan-sendiri oleh dirinya sendiri. Memandangkan benda ini adalah satu persepsi, oleh itu ia adalah sesuatu yang 'tiruan'. Iaitu, persepsi-persepsi ini tentunya telah disebabkan oleh kuasa lain, dengan kata lain ia pasti telah dicipta. Tambahan pula penciptaan ini berterusan. Sekiranya tidak ada penciptaan yang berterusan dan konsisten, maka apa yang kita gelar kebendaan ini akan hilang dan lenyap. Ia seperti sebuah televisyen yang gambarnya terus dimainkan selagi isyaratnya terus dipancarkan. Jadi, siapakah yang membuatkan roh kita melihat bintang-bintang, bumi, tumbuh-tumbuhan, manusia, tubuh kita dan semua yang kita lihat?

Ini membuktikan dengan jelas kewujudan seorang Pencipta yang Agung, yang telah menjadikan seluruh alam material. Iaitu, sejumlah persepsi-persepsi, dan yang meneruskan penciptaanNya tanpa henti, memandangkan Pencipta ini menunjukkan satu penciptaan yang menakjubkan, tentunya Dia mempunyai kekuasaan dan kekuatan yang maha hebat.

Dia telah menurunkan sebuah kitab dan melalui kitab ini Dia telah menceritakan DiriNya, alam semesta ini dan tujuan kewujudan kita.

Pencipta ini ialah Allah s.w.t, dan kitab ini ialah Al-Qur'an.

Kenyataan bahawa langit dan bumi, iaitu alam semesta ini adalah tidak stabil, bahawa kehadiran mereka ini adalah kerana penciptaan Allah dan mereka akan hilang apabila Dia menghentikan penciptaanNya, segalanya telah dijelaskan di dalam ayat berikut:

Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya keduanya jangan tergelincir. dan jika keduanya (ditakdirkan) tergelincir maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah. Sesungguhnya Dia maha penyabar lagi maha pengampun. (Surah Fatir: 41)

Seperti yang telah kami sebutkan sejak awal lagi, sebahagian manusia tidak mempunyai pemahaman yang tepat tentang Allah dan mereka membayangkan seolah-olah Allah itu berada di atas langit dan tidak campur tangan di dalam urusan-urusan keduniaan. Asas anggapan ini adalah berdasarkan kepercayaan bahawa alam semesta ini adalah sebuah himpunan kebendaan dan Allah berada 'di luar' daripada dunia material ini dan berada di sebuah tempat yang jauh.

Di dalam beberapa agama yang menyeleweng, kepercayaan terhadap Allah adalah terhad kepada pemahaman ini. Bagaimanapun, seperti yang telah kita bincangkan setakat ini, kebendaan (ataupun mataerial) hanya terdiri daripada sensasi-sensasi, dan satu-satunya kewujudan yang sebenar ialah Allah s.w.t. Ini bererti hanya Allah sahaja yang wujud, segalanya kecuali Dia adalah kewujudan bayangan. Oleh itu, adalah mustahil untuk membayangkan Allah sebagai satu kewujudan yang keseluruhannya berbeza daripada jisim kebendaan. Semestinya Allah berada 'di mana-mana' dan melingkungi semua. Realiti ini telah dijelaskan di dalam Al-Qur'an seperti berikut;

Allah tiada Tuhan melainkan Dia yang tetap hidup yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya) yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat disisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka. Sedang mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah yang maha tinggi. Lagi maha besar. (Surah AL-Baqarah;255)

Kenyataan bahawa Allah tidak tersekat dengan ruang dan bahawa Dia merangkumi segala-galanya telah dinyatakan di dalam sebuah ayat lain seperti berikut;

Dan Allah jualah yang memililki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah maha luas (rahmatnya dan limpah kurnianya), lagi sentiasa mengetahui. (Surah al-Baqarah; 115)

Memandangkan kewujudan kebendaan hanyalah sebuah persepsi, maka mereka tidak dapat melihat Allah; tetapi Allah dapat melihat benda yang telah dijadikannya di dalam apa jua bentuk. Di dalam Al-Qur'an, fakta ini telah dijelaskan seperti berikut;

Dia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata) dan Dialah yang maha halus (melayan hamban-hambanya dengan belas kasihan) lagi maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-An'aam;103)

Oleh itu, kita tidak dapat menerima kewujudan Allah dengan mata kita tetapi Allah meliputi dalaman kita, luaran, penglihatan dan pemikiran, kita tidak dapat melafazkan sepatah perkataan tanpa pengetahuanNya, begitu juga apabila kita menarik nafas.

Apabila kita menyaksikan persepsi-persepsi deria di dalam kehidupan kita, kewujudan yang paling hampir dengan kita bukannya deria-deria ini, tetapi ialah Allah s.w.t. Rahsia ayat berikutnya di dalam Al-Qur'an menerangkan realiti ini;

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya; (Surah al-Qaff;16) Apabila seseorang menyangka bahawa tubuh badannya diperbuat daripada 'benda', dia tidak dapat memahami hakikat penting ini. Sekiranya dia mengambil otaknya sebagai 'dirinya', maka kawasan luar yang dianggarkannya adalah 20-30 cm daripada dirinya. Tetapi apabila dia menerima bahawa tiada suatu apa pun pada kebendaan, dan semuanya adalah khayalan, konsep luar, dalam, atau dekat telah kehilangan maknanya. Allah telah melingkunginya dan Dia 'sangat hampr' kepadanya.

Allah memaklumkan kepada manusia bahawa Dia 'sangat hampir' kepada mereka di dalam ayatnya berikut; Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka); sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). (Surah al-Baqarah;186). Ayat lain juga menerangkan fakta yang sama seperti berikut; Dan ingatlah ketika Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan ilmu-ilmunya dan kekuasaanNya). (Surah Al-Isra;60)

Manusia tersalah apabila menyangkakan bahawa kewujudan yang paling hampir dengannya ialah dirinya. Sebenarnya, Allah lebih hampir kepada kita lebih daripada diri kita sendiri. Allah menjelaskan fakta ini di dalam ayatNya; Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya. Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya. Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat. (Surah Al-Waqiah.83-85) kebiasaannya, seseorang yang mati di tempat tidurnya, atau terbaring sakit memikirkan, yang merupakan suatu kesilapan yang besar, bahawa di saat itu, orang yang paling dekat dengannya ialah doktor di tepinya, atau di dalam pangkuan ibunya, atau dalam pelukan kekasihnya. Akan tetapi, seperti yang dinyatakan di dalam ayat di atas, Tuhan adalah yang paling hampir kepadanya daripada siapa pun jua. Tetapi manusia sering lalai terhadap fakta ini, kerana mereka tidak dapat melihatNya dengan mata mereka.

Satu-satunya kesimpulan yang boleh disimpulkan dari apa yang dibincangkan di sini ialah bahawa satu-satunya zat yang realiti dan mutlak ialah Tuhan. Dengan sifat maha mengetahuiNya, Tuhan menguasai manusia, yang merupakan zat bayangan, seperti mana yang lain; Sesungguhnya Tuhanmu hanyalah Allah, yang tidak ada Tuhan selain Dia, pengetahuanNya meliputi segala sesuatu. (Surah Ta ha;98) dalam sepotong ayat Al-Qur'an lain, Tuhan memberi ingatan kepada manusia mengenai sikap tidak mengambil peduli;

Ingatlah bahawa sesungguhnya mereka adalah dalam keraguan tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah, bahawa sesungguhnya Dia maha meliputi segala sesuatu. (Surah al-fusilat; 54)

Adalah mustahil bagi manusia, yang tidak lebih dari kewujudan bayangan untuk mempunyai kekuasan atau kehendak yang lebih dari Allah. Sepotong ayat lain yang menunjukkan bahawa setiap sesuatu yang kita alami berlaku di bawah kekuasaan Tuhan. Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu. (Surah as-Saaffat; 96). di dalam Al-Qur'an hakikat ini dinyatakan di dalam banyak hal dan dengan ayat, 'dan bukanlah kamu yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar'. Surah al-Anfal:17, ianya menjelaskan bahawa tidak ada perbuatan yang bebas daripada Allah. Disebabkan manusia hanyalah kewujudan bayangan, maka bukanlah diri manusia itu sendiri yang melakukan perbuatan melempar itu tetapi Allah, Tuhan yang memberikan bayangan ini perasaan untuk merasa sendiri. Hakikatnya, Tuhanlah yang menjalankan semua perbuatan. Sekiranya seseorang merasakan perbuatan yang dilakukannya berpunca darinya, memikirkan dirinya sendiri yang melakukan apa yang dilakukannya, bahkan, merasakan bahawa dia sendiri adalah zat yang dengan kekuasaan yang bebas dan meletakkan kepercayaan kepada kuasanya, dia sebenarnya telah menipu dirinya sendiri. Apa yang sebenarnya ialah manusia adalah zat yang keseluruhannya di bawah kekuasan Tuhan.

Ini adalah hakikatnya. Seseorang mungkin tidak mahu menerimanya dan mungkin merasakan bahawa dirinya tidak bergantung kepada Tuhan; tetapi ia tidak akan mengubah apa-apa. Dan sudah tentu penafian yang bodoh ini adalah di dalam kehendak dan iradat Allah. Di dalam Al-Qur'an, hal ini dinyatakan berikut;

Apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepadaNyalah tempat menyerah diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka atau pun terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan (Surah Ali Imran; 83).

 

Tuhan, Maha Mengetahui

Sifat Tuhan, al-Muhit bermaksud 'Dia lah yang melingkungi segalanya'. Oleh kerana Tuhanlah yang merangkumi segalanya, maka Dialah satu-satunya yang mengetahui segala sesuatu yang dialami oleh manusia. Tuhan menciptakan setiap jenis perasan seperti sakit, kegusaran, kasih, senang, sedih dan kegembiraan dan dengan itu Tuhan mengetahui semua itu dengan baik. Kerana Dia mengetahui, Dia mencipta dan menjadikan hambaNya merasakan semua itu sebagaimana yang Dia kehendaki. Satu hal yang ingin dijelaskan di sini;Tuhan adalah bebas dari kesakitan-kesakitan ini dan dari sebarang sifat kekurangan. Satu lagi sifat Tuhan di dalam Al-Qur'an ialah al-Quddus, yang bermaksud 'Dia tidak dicacatkan oleh sebarang kesilapan dan kelalaian dan Dia bebas dari sebarang ketidaksempurnaan atau sebarang kecacatan'. Semua kekurangan adalah milik manusia.

Satu dari sifat Tuhan yang disebutkan di dalam Al-Qur'an ialah al-Muta'ali yang bermaksud 'Dia adalah lebih tinggi dari sebarang kelakuan, cara atau keadaan, dan dari sebarang anggapan yang pernah ada'. Ini bererti Tuhan melingkungi segalanya di mana-mana dan mengetahui akikat segalanya. Ini adalah sifat 'mengetahui' yang benar-benar sempurna. Untuk mengagungkan kebesaran dan kebijaksanaan Tuhan, seorang itu perlu memiliki pemahaman yang baik tentang subjek ini. Kenyataan bahawa Tuhan mengetahui rasa sakit, gusar dan setiap perasaan yang kita alami membuatkan kita sekali lagi memahami kenyataan bahawa Tuhan adalah lebih hampir kepada kita dari urat leher sendiri. Tuhan melihat manusia di mana-mana. Sekalipun di tempat perlindungan bersendirian, tersembunyi, tempat rahsia, di mana tiada orang yang melihatnya, bahkan ketika dia memikirkan bahawa dia sedang melakukan suatu yang rahsia, Tuhan tetap melihatnya.

Dalam Al-Qur'an, dinyatakan bahawa Tuhan adalah maha mengetahui.

"Tidakkah mereka tahu bahawa Allah mengetahui rahsia dan bisikan mereka, dan bahawasanya Allah amat mengetahui segala yang ghaib?. (Surah at-Taubah; 78)

Tuhan mendengar semua perkataan; sekalipun sewaktu seseorang itu memikirkan bahawa dia berbisik secara rahsia di balik pintu yang terhalang, dan dinding yang kukuh, Tuhan pasti akan mendengarnya. Tuhan mengetahui apa yang ada di dalam hatinya, apa yang disembunyikan dari pengetahun orang lain, demikian juga setiap yang di bawah dari sedarnya, yang dirinya sendiri tidak mengetahui. Dalam Al-Qur'an, hal ini dinyatakan;

Jika engkau keraskan perkataan, sesungguhnya Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi. (Surah Ta Ha; 7).

 

Setiap yang kamu Miliki pada asasnya adalah Ilusi

Telah menjadi suatu fakta saintifik dan logik bahawa 'dunia luaran' tidak mempunyai realiti material dan ia hanyalah suatu himpunan imej-imej yang Tuhan perlihatkan kepada roh kita. Namun begitu, manusia tidak termasuk atau tidak mahu masuk termasuk di dalam konsep 'dunia luar'.

Fikirkan isu ini dengan ikhlas dan berani. Kamu akan menyedari bahawa rumah kamu, perabot, kereta- yang mungkin baru dibeli- pejabat, barang kemas, akaun bank, almari pakaian, pasangan hidup, anak-anak, sahabat handai dan segala yang kamu miliki sebenarnya termasuk di dalam khayalan dunia luaran ini yang ditayangkan kepada kamu. Apa yang kamu lihat, dengar, dan bau yang kamu terima dengan pancaindera yang lima di sekeliling adalah sebahagian daripada 'dunia khayalan' ini; suara penyanyi pujaan kamu, kekerasan kerusi yang kamu duduk sekarang, minyak wangi yang kamu gemari, matahari yang memanaskan kamu, sekuntum bunga dengan warna yang menarik, seekor burung yang terbang di hadapan tingkap kamu, sebuah bot laju yang bergerak lincah di atas air, kebun yang subur, komputer yang kamu gunakan di tempat kerja, atau hi fi yang mempunyai teknologi yang tercanggih di dunia...

Ini adalah hakikatnya, kerana dunia hanyalah sebuah himpunan imej-imej yang dihadkan untuk menguji manusia. Manusia diuji melalui kehidupannya yang terhad dengan persepsi-persepsi yang tidak benar. Persepsi-persepsi ini telah dijadikan menarik dan menawan, kenyataan ini telah disebutkan di dalam Al-Qur'an;

Dihiaskan kepada manusia, mencintai syahwat (keinginan nafsu), seperti perempuan-perempuan, anak-anak dan harta benda yang banyak, dari emas, perak, kuda yang gagah, binatang-binatang ternak dan tanam-tanaman. Demikian itulah kenikmatan hidup di dunia, dan di sisi Allah tempat kembali yang sebaiknya. (Surah Ali Imran; 14)

Kebanyakan manusia mengesampingkan agama mereka ke tepi demi tarikan harta benda, kekayaan, longgokan emas dan perak, wang ringgit, barang kemas, akaun bank, kad kredit, almari yang penuh dengan pakaian, model kereta terkini, ringkasnya, segala bentuk kemewahan yang mereka miliki atau berusaha untuk memilikinya dan mereka hanya menumpukan dunia ini dan mengabaikan Hari Kemudian. Mereka telah tertipu dengan 'kecantikan dan keindahan' wajah kehidupan dunia ini, sehingga gagal untuk menunaikan sembahyang, menderma kepada orang miskin, atau mengerjakan kebaikan yang boleh menambahkan amal baik mereka di hari kemudian nanti. Sebaliknya mereka menjawab dengan berkata 'saya ada kerja lain yang perlu dibuat', 'saya ada cadangan', 'saya ada tanggungjawab', 'saya tidak mempunyai masa yang cukup', 'saya ada perkara yang perlu diselesaikan', 'saya akan melakukannya kemudian'. Mereka meluangkan seluruh hidup mereka untuk maju di dunia ini sahaja. Dalam ayat surah Rum;7 mereka hanya mengetahui yang zahir (sahaja) dari kehidupan dunia, sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai,.kesilapan memahami hal ini diterangkan.

Fakta yang kami terangkan di dalam bab ini, terutamanya kebenaran bahawa segalanya adalah imej, adalah amat penting kerana implikasinya yang menjadikan semua keghairahan dan sempadan tidak bererti. Pengesahan terhadap hakikat ini menunjukkan dengan jelas bahawa segala yang manusia miliki atau berusaha untuk memilikinya, seperti kekayaan yang diperolehi dengan ketamakan, anak-anak mereka yang mereka merasa megah dengannya, pasangan hidup mereka yang mereka anggap sebagai insan yang paling rapat dengan mereka, rakan-rakan, tubuh-tubuh mereka yang disayangi, kedudukan mereka yang meletakkan mereka di tempat yang tinggi, sekolah-sekolah yang mereka masuki, percutian-percutian yang telah mereka lalui, semuanya tidak lebih daripada sekadar ilusi. Oleh itu, segala usaha yang dilakukan, waktu yang telah dihabiskan, dan perasan tamak terbukti sebagai tidak berguna.

Ini adalah sebab mengapa sebahagian manusia memperbodohkan diri mereka sendiri apabila mereka bermegah dengan kekayaan dan harta mereka atau dengan 'kapal layar, helikopter, kilang-kilang, saham-saham, rumah mewah dan tanah' seolah-olah mereka benar-benar wujud. Mereka yang terdiri daripada golongan berada yang berjalan mundar-mandir di atas kapal layar mereka dengan megah, menayang-nayangkan kereta mereka, bercakap tentang kekekayaan mereka, merasakan bahawa mereka memiliki kedudukan yang lebih tinggi dari orang lain, cuba untuk memberikan pandangan yangmenarik kepada diri mereka sendiri melalui pakaian yang mereka pakai, membina keseluruhan hidup mereka kepada keghairahan dan persaingan seperti ini, dan merasakan bahawa mereka telah berjaya kerana semua ini, sepatutnya memikirkan di manakah kedudukan mereka apabila mereka menyedari bahawa kejayaan mereka tidak lebih daripada sebuah ilusi sahaja.

Pemandangan seperti ini telah dilihat berkali-kali di dalam mimpi. Di dalam mimpi mereka, mereka juga mempunyai rumah, kereta laju, barang kemas yang melimpah ruah, wang yang bergulung-gulung, dan emas perak yang menggunung. Di dalam mimpi mereka, mereka juga berada di satu kedudukan yang tinggi, memiliki kilang-kilang dengan beribu-ribu pekerja, mempunyai kuasa untuk memerintah ramai orang, memakai pakaian yang meenyebabkan orang lain tertarik kepadanya. Akan tetapi, sebagaimana seseorang itu dianggap mengarut kerana bermegah dengan kemewahan di dalam mimpinya, begitu juga mereka yang merasa gah dengan imej-imej yang mereka lihat di dunia ini. Lagi pun, apa yang dilihat di dalam dunia ini hanyalah imej-imej di dalam mindanya. Sudah tentu, fakta ini seharusnya difikirkan sedalamnya. Seperti yang dinyatakan di dalam ayat berikut, orang-orang yang menyedari kebenaran ini akan pasti mendapat kejayaan;

Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti yang terang, maka barangsiapa yang mahu melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri, dan barangsiapa yang buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudaratanlah kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemeliharamu. (Surah Al-An'aam:104)

Begitu juga halnya, manusia ketika bertindak balas dengan peristiwa-peristiwa yang mereka alami di dunia ini hanya akan menyebabkan mereka merasa malu apabila mengetahui hakikat sebenar. Mereka yang sering bergaduh sesama sendiri, mereka yang bercakap sombong, mereka yang sering menipu, mereka yang menerima rasuah, mereka yang melakukan kesalahan kepada manusia, mereka yang memukul dan memaki hamun orang lain, serangan yang mendera, mereka yang terlalu ghairah dengan jawatan dan kedudukan, mereka yang sering iri hati, mereka yang suka menunjuk-nunjuk, mereka yang memuliakan diri sendiri dan yang sebagainya akan menyesal apabila mereka menyedari bahawa mereka telah melakukan ini semua di dalam mimpi.

Disebabkan Allah yang menjadikan semua imej-imej ini, maka Allah jugalah pemilik Tunggal semuanya ini. Kenyataan ini ditegaskan di dalam Al-Qur'an:

Kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan adalah Allah maha meliputi segala sesuatu. (Surah an-Nisa;126)

Adalah suatu kebodohan yang amat besar untuk mengetepikan agama demi mengejar keghairahan khayalan sehingga menyebabkan kehilangan kehidupan yang lebih berkah di syurga. Bahkan, ianya pasti akan mengundang kecelakaan untuk selama-lamanya. Itulah orang-orang yang tidak memperolehi akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang mereka kerjakan ( ketika di dunia) dan sia-sialah apa yang telah mereka usahakan (Surah Hud; 16)

Seperti yang dinyatakan di dalam ayat di atas, keghairahan dan ketamakan akan terbukti sebagai kesalahan dan batal, dan kebendaan yang mereka fikirkan mereka miliki akan hilang apabila menghadapi fakta ini; semuanya itu tidak akan berguna dan tidak mempunyai sebarang nilai.

Di ketika ini, satu fakta perlu ditegaskan, bukanlah yang dimaksudkan di sini bahawa kenyataan yang kamu hadapi menunjukkan bahawa 'segala pemilikan, harta, anak-anak, pasangan hidup, rakan-rakan, kedudukan yang lambat laun akan hilang, dan semuanya ini' tidak sama sekali bererti. Tetapi apa yang dimaksudkan di sini ialah 'segala harta yang kamu lihat sebenarnya tidak wujud sama sekali, tetapi ia hanyalah sekadar sebuah mimpi dan himpunan imej-imej yang ditunjukkan kepada kamu oleh Allah untuk menguji kamu'. Seperti yang dapat kamu saksikan, di sana terdapat perbezaan yang besar di antara kedua-dua kenyataan ini. Sekiranya kenyataan yang pertama diterima sebagai ukuran nilai, seseorang itu akan dikelirukan kepada memikirkan bahawa semua benda ini, manusia, hubungan dan status duniawi sebenarnya wujud, untuk suatu masa sementara, dan dia akan terus berusaha dengan tamak haloba untuk memiliki semuanya itu. Tetapi sekiranya diberikan kenyataan yang kedua, menunjukkan keadaan sebenar semua urusan, iaitu setiap sesuatu itu adalah bersifat ilusi, dan seseorang yang mempamerkan sifat tamak untuk tujuan ini pasti akan terhina dan sengsara kehilangan yang tidak pernah dialami sebelum ini.

Sekalipun seseorang itu tidak mahu mengambil kisah dengan fakta ini dan menipu dirinya dengan menganggap semua yang dimilikinya benar-benar wujud, tetapi di akhirnya ia akan mati dan di hari kemudian dia akan menyedari dengan sejelas-jelasnya bahawa dia sebenarnya telah diciptakan. Pada hari tersebut, 'lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam'. Surah Qaf;22, dan dia akan dapat melihat segala-galanya dengan lebih jelas. Tetapi sekiranya dia menghabiskan seluruh hidupnya mengejar matlamat-matlamat khayalan, maka dia akan berharap untuk tidak meninggalkan kehidupannya dan berkata; wahai kiranya kematian itulah yang menyelesaikan segalanya, hartaku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku, telah hilang kekuasaanku daripadaku. Surah Al-Haqqah; 27-29.

Di satu sudut lain, apa yang harus dilakukan oleh orang yang bijak ialah cuba memahami hakikat alam semesta di dunia ini, sementara dia masih mempunyai peluang. Sekiranya tidak, dia hanya akan menghabiskan seluruh hidupnya mengejar mimpi-mimpi dan akhirnya berhadapan dengan penamat yang mengecewakan. Di dalam Al-Qur'an keadaan orang-orang yang mengejar ilusi-ilusi (fatamorgana) di dunia ini dan melupakan Pencipta mereka telah dijelaskan seperti berikut;

Dan orang-orang yang kafir amalan mereka adalah umpama fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu dia tidak mendapatkan sesuatu apapun. Dan didapatinya (ketetapan) Allah di sisinya, lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amalannya dengan cukup dan Allah adalah amat tepat perhitunganNya (surah an-Nur; 39).

 

Apakah perbezaan di antara dunia di dalam mimpi dan dunia yang kita rasakan Sekarang?

Bagi manusia, realiti ialah sesuatu yang boleh disentuh dengan tangan dan dilihat dengan mata. Sebelum ini, kita telah menyebutkan bahawa organ pancaindera kita menipu kita dan membuktikan bahawa, secara saintifik, kita tidak pernah dapat mencapai realiti dunia luaran. Alam semesta persepsi-persepsi di mana kita tinggal boleh diterangkan juga dengan menggunakan analogi mimpi. Di dalam mimpi kamu juga dapat 'menyentuh dengan tangan kamu dan melihat dengan mata kamu', tetapi realitinya, kamu tidak mempunyai tangan atau mata, tidak ada sesuatu pun yang boleh dilihat dan disentuh. Tidak ada realiti material yang membuatkan perkara-perkara ini wujud kecuali di dalam otak. Kamu sebenarnya tertipu.

Apa yang memisahkan kehidupan sebenar dan mimpi? ianya ialah bahawa dunia sebenar berterusan dan mimpi pula terputus, atau pun bahawa di sana terdapat perbezaan hubungan sebab-akibat di dalam mimpi? Secara asasnya, ini bukanlah perbezaan yang penting. Apa yang sebenarnya ialah kedua-dua bentuk hidupan ini diwujudkan di dalam otak. Sekiranya kita mampu untuk bersenang-lenang di dalam dunia palsu ketika bermimpi, perkara yang sama juga boleh berlaku di dalam dunia yang kita diami ini. Apabila kita terjaga daripada mimpi, tidak ada sebab untuk kita tidak merasakan bahawa kita telah memasuki sebuah mimpi yang panjang yang kita namakan 'kehidupan sebenar'. Kita menganggap mimpi adalah suatu yang palsu dan dunia ini sebagai benar adalah kesan daripada kebiasaan dan sikap prejudis.

Hal ini membenarkan bahawa kita mungkin akan benar-benar terjaga dari kehidupan di bumi yang kita sangka kita sedang tinggal di dalamnya sekarang, seperti mana kita terjaga daripada sebuah mimpi. Hal ini amat penting dan sudah tentu perlu difikirkan sedalamnya.

Oleh hal yang demikian, ianya sangat berguna untuk memikirkan mengenai contoh mimpi dengan lebih terperinci. Seseorang boleh merasakan suatu kejadian yang seolah-oleh realistik di dalam mimpi. Dia boleh terjatuh dari tangga dan patah kaki, mendapat kemalangan yang serius, digilis di bawah bas atau memakan kek dan merasa kenyang. Pengalaman yang sama dialami dalam kehidupan seharian juga boleh dialami di dalam mimpi dengan perasaan yang sama terhadap realitinya; dan menimbulkan kesan perasaan yang sama terhadap kita. Ini menunjukkan kepada kita bahawa persepsi-persepsi seperti rasa, sentuhan atau perasaan mengenai kekerasan bukan bukti sebenar mengenai kewujudan sebenar materi, kerana perasaan ini juga dialami di dalam mimpi dengan kepekaan yang sama. Akan tetapi, golongan materialis yang menekankan bahawa materi adalah kewujudan mutlak gagal untuk memahami kebenaran ini. Untuk membuktikan kewujudan materi, mereka memetik contoh-contoh yang sama seperti di atas. Berdasarkan kepada alasan mereka yang menyeleweng, keadaan manusia merasa sakit apabila menendang sebiji batu atau di tempeleng di muka, manusia merasa kenyang apabila memakan sebiji kek, atau orang akan mengelak apabila melihat sebuah bas di jalan raya supaya tidak dilanggar adalah bukti-bukti kewujudan mutlak materi. Sebab yang membuatkan mereka gagal untuk memahami hal ini ialah kerana kesakitan yang mereka rasakan apabila mereka menendang sebiji batu, rasa yang mereka rasakan apabila memakan sebiji kek dan persepsi-persepsi kekerasan dan kesakitan yang dialami apabila dirempuh oleh bas sebenarnya adalah berlaku di dalam otak.

Seorang yang bermimpi bahawa dia dilanggar oleh sebuah bas dapat membuka matanya di hospital, dan begitu juga di dalam mimpinya, dan menyedari bahawa dia telah lumpuh, tetapi semua itu hanya berlaku di dalam mimpi. Dia juga dapat bermimpi bahawa dia mati di dalam sebuah perlanggaran, malaikat maut mencabut nyawanya, dan kehidupan di Hari Kemudian bermula. (kejadian berikut ini yang dialami dengan cara yang sama di dalam kehidupan ini, yang mana seperti di alami di dalam mimpi, hanyalah sebuah persepsi)

Orang ini merasakan kepekaan imej-imej, suara, perasaan 'solid'nya, cahaya, warna-warna dan semua yang berkaitan dengan peristiwa yang dialami di dalam mimpi, persepsi-persepsi di dalam mimpinya sama seperti yang ada di dalam kehidupan 'sebenar'. Kek yang dimakannya di dalam mimpi mengenyangkannya, sekalipun ia hanyalah persepsi perasaan-mimpi, kerana rasa kekenyangan juga adalah suatu persepsi. Akan tetapi realitinya, orang ini sedang berbaring dikatilnya ketika itu. Di sana tidak terdapat tangga, trafik atau bas-bas yang harus difikirkan. Mimpi yang dialami oleh seseorang dan melihat persepsi-persepsi dan perasan-perasaan sebenarnya yang tidak wujud di dunia luar. Sebenarnya di dalam mimpi kita, kita mengalami, melihat, dan merasakan peristiwa tanpa sebarang kaitan fizikal di dunia luar sangat jelas menunjukkan bahawa 'dunia luar' milik kehidupan sedar kita juga hanya mengandungi keseluruhannya persepsi-persepsi. Sama ada ianya suatu mimpi, atau dalam kehidupan seharian, semua kebendaan yang terlihat, dialami dan dirasakan hanyalah persepsi.

Mari kita melihat contoh perlanggaran bas; sekiranya saraf lelaki yang dirempuh ini bergerak daripada organ pancainderanya ke otak, disambungkan kepada saraf orang lain pada waktu bas tersebut merempuh lelaki itu, bas itu juga akan merempuh lelaki yang sedang duduk di rumah ketika itu. Semua perasaan yang dirasakan oleh si mangsa di dalam kemalangan akan dirasakan juga oleh orang yang berada di rumah, sama seperti sebuah lagi yang didengar daripada kedua buah pembesar suara berlainan yang disambungkan ke alat perakam yang sama. Orang itu akan merasa, mendengar, dan mengalami bunyi brek bas, sentuhan bas pada badannya, imej tangan yang patah dan darah yang mengalir keluar, kesakitan patah, imej dia memasuki bilik pembedahan, kekerasan pembalut plaster dan tangannya yang tidak boleh bergerak.

Sesiapa sahaja yang disambungkan dengan saraf lelaki ini secara selari akan mengalami kemalangan daripada awal hingga akhir seperti yang dirasai oleh lelaki ini. Sekiranya lelaki yang mengalami kemalangan tadi itu berada di dalam koma, mereka semua juga akan berada dalam keadaan koma yang sama. Bahkan, sekiranya semua persepsi yang berkaitan dengan kemalangan kereta ini dirakamkan di dalam sebuah alat dan semua persepsi ini dipindahkan kepada seseorang, maka bas tersebut akan merempuhnya berulang kali.

Jadi bas manakah yang merempuh mereka ini adalah benar?. Falsafah golongan materialis tidak mempunyai jawapan yang konsisten terhadap soalan ini. Jawapan yang tepat ialah mereka mengalami peristiwa kemalangan kereta ini di dalam minda mereka sahaja.

Dalam kes ini, adalah mustahil bagi manusia untuk menjangkau derianya dan berlepas bebas daripadanya. Dalam contoh yang disebut di atas, ianya suatu yang mungkin untuk mendendahkan roh manusia kepada segala jenis persembahan peristiwa fizikal sekalipun mereka tidak mempunyai tubuh badan fizikal dan tiada kewujudan material dan ketiadaan berat material. Adalah mustahil untuk manusia menyedari perkara ini kerana dia telah meyakini bahawa imej-imej tiga dimensi ini adalah betul dan amat pasti dengan kewujudan mereka kerana semua orang bergantung kepada persepsi-persepsi yang dihasilkan oleh organ-organ derianya. Ianya juga amat jelas di dalam contoh-contoh ini bahawa di sana tidak ada perbezaan yang ketara di antara mimpi dan kehidupan sebenar. Dengan itu, kita tidak dapat memastikan bahawa kehidupan yang kita hidup sekarang ini adalah sejenis mimpi.

 

Mengapa mereka gagal untuk memahami?

Subjek yang telah kami terangkan di sini setakat ini merupakan di antara kebenaran terhebat yang tidak mungkin akan diberitahu kepada kamu sepanjang hidup kamu. Dengan membuktikan bahawa seluruh dunia material sebenarnya adalah sebuah 'kewujudan khayalan', subjek ini merupakan kunci untuk memahami kewujudan dan ciptaan Allah dan untuk memahami bahawa hanya Dialah satu-satunya yang wujud.

Orang yang memahami subjek ini pasti akan menyedari bahawa dunia ini bukanlah tempat seperti yang dianggap oleh kebanyakan orang. Dunia ini bukan tempat mutlak dengan kewujudan yang sebenar seperti yang disangkakan oleh mereka yang merayau-rayau tanpa tujuan di jalanan, yang terlibat di dalam pergaduhan di pub-pub, mereka yang menunjuk-nunjuk di cafe mewah, yang bermegah dengan harta benda, atau yang memperuntukkan hidup mereka untuk tujuan yang kosong, dunia ini adalah sebuah himpunan persepsi, sebuah ilusi. Segalanya yang telah kami sebutkan di atas hanyalah kewujudan bayangan yang melihat persepsi-persepsi ini di dalam minda mereka; tetapi mereka sama sekali tidak menyedarinya.

Kebenaran yang telah diterangkan di sini adalah sangat berasas sama seperti hukum fizik atau pun formula kimia. Apabila dirasakan perlu, manusia boleh menyelesaikan sekalipun masalah matematik yang paling rumit, dan memahami subjek lain yang kelihatan amat sukar untuk difahami. Akan tetapi apabila orang yang sama diberitahu bahawa materi hanyalah sekadar suatu imej yang terbentuk di otak, mereka pula enggan untuk mengakui hal ini. Ini adalah satu contoh kes yang 'amat' tidak bijak. Dengan memahami subjek dengan persoalan semudah persoalan 'dua tambah dua?' atau 'berapa umur kamu?' atau semudah seperti seorang yang meminum segelas air yang menemui jawapannya; 'air apa yang kamu minum?', kerana semua fakta-fakta ini telah dibuktikan dengan jelas oleh dunia sains hari ini.

Di dalam bidang perubatan, sekiranya kamu menanyakan seorang pakar tentang bagaimana mata berfungsi, dia akan menerangkan kepada kamu subjek teknikal seperti yang telah kami terangkan di sini secara terperinci. Dia, bagaimanapun, tidak mengakui akan kebenaran terhadap bukti-bukti data teknikal ini; dia tidak akan mengakui bahawa 'ya, imej ini terbentuk di otak saya, maka ianya amat mustahil untuk saya memiliki idea tertentu terhadap apa yang berlaku di luar sana'; ataupun sekiranya kamu bertanya kepada orang itu, 'di mana bulan?' dia tidak akan berkata; 'bulan sebenarnya di dalam otak saya'. Dia tidak mengetahui tentang hal ini; kerana untuk menerima kebenaran ini atau untuk menyatakan secara terbuka akan menerangkan satu lagi fakta penting baginya. Disebabkan segalanya hanya sebuah ilusi yang terbentuk di otak dan dilihatkan kepadanya, maka di sana sudah pasti ada Pencipta yang melihatkan imej-imej ini kepadanya.

Ini adalah sebab mengapa seseorang yang telah meluangkan masa yang panjang di dalam pendidikan, dan dikenali umum kerana mempunyai ijazah terbaik dalam pengkhususuan di bidangnya, dari orang yang menjadi penasihat kepada pelbagai subjek, dan orang yang bercakap besar kerana kecerdikannya, tidak dapat memahami hakikat yang jelas seperti ini. Subjek ini mengingatkan orang seperti ini terhadap keagamaan, mengajaknya untuk mengiktiraf kewujudan Tuhan, keagunganNya yang tidak terbatas, dan bahawa Dialah satu-satunya pemilik segalanya. Atas sebab ini, syaitan mempengaruhi manusia untuk mengabaikan subjek ini. Seperti yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an dengan merujuk kepada bangsa Saba. Syaitan telah menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan Allah, sehingga mereka tidak dapat petunjuk. Surah An-Naml;24, syaitan menjauhkan manusia dari kebenaran ini.

Orang yang terpengaruh dengan godaan syaitan akan gagal, dan tidak mampu untuk melihat kebenaran yang jelas terang di hadapan mereka. Keadaan meraka sama seperti orang yang mendakwa bahawa imej-imej yang ada di skrin tv 'benar-benar wujud', dan bahkan cuba untuk campurtangan dalam imej-imej ini. Ianya tidak jauh berbeza dari seorang yang memanjangkan tangannya mengambil pinggan berisi makanan di depan skrin tv, menganggapnya seolah benar. Ianya suatu bukti bahawa keadaan orang ini yang cuba untuk lari dari hakikat kebenaran ini adalah 'kelalaian yang paling besar'. Sebenarnya, kelalaian ini berakar dari diri mereka sendiri, sebagai orang yang tidak beriman, dilenyapkan kewarasan oleh Tuhan. Dalam Al-Qur'an, dinyatakan bahawa orang yang tidak beriman mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu umpama binatang ternakan bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. Surah Al-A'raf;179.

Mesej di dalam ayat ini adalah satu mukjizat Al-Qur'an. Dalam Al-Qur'an, Tuhan menerangkan mengenai orang-orang yang berpendidikan, yang mampu memahami subjek-subjek teknikal, tetapi tidak dapat memahami kebenaran yang jelas mengenai hakikat semulajadi materi sedangkan ianya telah diterangkan kepada meraka dalam banyak hal. Satu lagi ayat mengenai subjek ini meramalkan takdir mereka;

Sesungguhnya orang-orang kafir sama sahaja bagi meeka, kamu beri peringatan atau tidak, mereka tidak juga akan beriman. Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka di tutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat. (Surah Al-Baqarah; 6-7)

Hari ini, Tuhan membenarkan segelintir manusia untuk memahami hal ini, akan tetapi, orang yang lari dari kebenaran hari ini mesti menyedari bahawa fakta saintifik ini akan, dalam masa beberapa tahun, mendapat penerimaan umum seantero dunia. Manusia pasti akan memahami bahawa mereka hidup dalam sebuah dunia khayalan yang dihadapkan kepada mereka seperti sebuah permainan. Pada masa yang telah Tuhan tetapkan, Dia akan membuka tabir penutup dari mata manusia dan melihatkan kepada mereka bahawa Dia adalah yang paling hampir kepada mereka, bahawa segalanya menyimpan ZatNya sebagai sebuah 'mimpi'. Manusia akan memahami dengan jelas fakta mengenai rahsia di sebalik materi, seperti mana fakta lain yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an.

 

Konklusi

Subjek yang telah kami terangkan sejauh ini adalah satu kebenaran yang besar yang pernah dikemukakan kepada kamu sepanjang hidup kamu. Kamu dapat menjelajah di balik hal ini dengan cara berta'amul secara peribadi. Untuk ini, kamu harus menumpukan, mencurahkan perhatian dan menghayati cara kamu memerhatikan objek di sekeliling kamu dan cara kamu merasakan sentuhannya. Sekiranya kamu benar-benar mengambil perhatian, kamu dapat merasakan bahawa zat sedar yang melihat, mendengar, menyentuh, memikir, dan membaca buku ketika ini sebenarnya ialah roh, yang melihat persepsi-pesepsi yang dipanggil 'materi' pada sebuah skrin. Seseorang yang boleh memahami hal ini dianggap telah dapat berganjak daripada kawasan dunia material yang menipu kebanyakan manusia dan telah memasuki kawasan kewujudan yang hakiki.

Hakikat ini telah difahami oleh sejumlah teis atau ahli falsafah sepanjang sejarah. Intelektual islam seperti Imam Rabbani, Muhyiddin Ibnu Arabi dan Mawlana Jami menyedari kenyataan ini berdasarkan tanda-tanda di dalam Al-Qur'an dan dengan menggunakan kekuatan fikiran mereka. Beberapa ahli falsafah barat seperti George Berkeley juga telah mencapai realiti yang sama melalui pemikirannya. Imam Rabbani menulis di dalam buku beliau Maktubat bahawa seluruh alam material ini adalah sebuah 'ilusi' dan 'andaian', dan satu-satunya kewujudan yang mutlak adalah Tuhan; Allah.

Intipati kewujudan ini yang dijadikanNya daripada tiada..Dia menjadikan segalanya dalam lingkungan deria dan ilusi. Kewujudan alam ini adalah pada lingkungan deria dan ilusi, dan ia bukannya material. Sebenarnya, tidak ada yang lain di luar sana melainkan Kewujudan yang Agung (Allah).21

Imam Rabbani menyatakan dengan jelas bahawa segala imej yang diperlihatkan kepada manusia hanyalah sebuah ilusi, dan mereka bukannya asli di dalam 'dunia luar'.

Lingkungan khayalan-khayalan ini telah digambarkan di dalam bentuk imaginasi. Ia kelihatan lebih luas daripada apa yang digambarkan tetapi dengan mata akal di luar sana, ia kelhatan seolah-olah dilihat dengan mata kepala. Tetapi sebenarnya tidak. Ia mempunyai samada rekabentuk atau lekapan luar. Tidak ada keadaan untuk dilihat. Seperti juga refleksi wajah seseorang di cermin, tidak ada konstansi di luar. Tidak dapat diragui lagi, kedua-dua konstansi dan imej ini berada di dalam imaginasi. Allah lebih mengetahui segala-galanya. 22

Mawlana Jami menyatakan kenyataan yang sama didapatinya berdasarkan tanda-tanda di dalam Al-Qur'an dan dengan menggunakan akal fikirannya; 'segalanya di dunia ini adalah deria-deria dan ilusi-ilusi . Ia adalah seperti refleksi di depan cermin atau bayang-bayang.'.

Bagaimanapun, jumlah mereka yang memahami fakta ini sepanjang sejarah adalah amat terhad. Cendekiawan hebat seperti Imam Rabbani mencatatkan bahawa mungkin agak sukar untuk memberitahu fakta ini kepada masyarakat kerana ramai yang tidak dapat memahaminya.

Pada zaman kita ini, fakta ini telah dibuktikan secara eksperimen oleh bukti-bukti yang dikemukakan oleh sains. Kenyataan bahawa alam ini adalah sebuah kewujudan bayangan telah digarap dengan cara yang sangat konkrit, jelas dan terang untuk pertama kalinya dalam sejarah.

Oleh itu, kurun ke 21 akan menjadi satu titik kembali apabila manusia dapat memahami realiti-realiti ketuhanan dan terarah untuk menuju kepada Allah, satu-satunya kewujudan mutlak. Pada abad ke 21 ini ialah untuk pegangan materialistik abad ke 19 ditolak ke dalam tong sampah sejarah, kewujudan dan ciptaan Allah akan dapat difahami, fakta-fakta seperti ruang kosong dan masa-sifar akan dapat difahami, manusia akan membebaskan diri mereka daripada kelubung kekunoan, penipuan dan khurafat yang mengelilingi mereka.

Adalah mustahil untuk hala tuju ini disekat oleh sebarang kewujudan bayangan.

 
   
    

1. Orhan Hançerlioglu, Düsünce Tarihi (History of Idea), Remzi Kitabevi, Istanbul: 1987, p.432
2. Orhan Hançerlioglu, Düsünce Tarihi (History of Idea), Remzi Kitabevi, Istanbul: 1987, p.447
3. Frederick Vester, Denken, Lernen, Vergessen, vga, 1978, p. 6
4. George Politzer, Principes Fondamentaux de Philosophie, Editions Sociales, Paris, 1954, pp. 38-39-44
5. Bilim ve Teknik Magazine (Science and Technology), No. 227, p. 6-7
6. R.L.Gregory, Eye and Brain: The Psychology of Seeing, Oxford University Press Inc. New York, 1990, p.9
7. George Berkeley, A Treatise Concerning the Principles of Human Knowledge", 1710, Works of George Berkeley, vol. I, ed. A. Fraser, Oxford, 1871
8. Lincoln Barnett, The Universe and Dr. Einstein, William Sloane Associate, New York, 1948, p. 20
9. Bertrand Russell, ABCof Relativity, George Allen and Unwin, London, 1964, pp. 161-162
10. George Berkeley, A Treatise Concerning the Principles of Human Knowledge", 1710, Works of George Berkeley, vol. I, ed. A. Fraser, Oxford, 1871 p. 35-36
11. Ali Demirsoy, Kalitim ve Evrim (Inheritance and Evolution), p.4
12. Bertrand Russell, What is the Soul?, Works of George Berkeley, vol. I, ed. A. Fraser, Oxford, 1871
13. Bertrand Russell, Three Dialogues Between Hylas and Philonous, Works of George Berkeley, vol. I, ed. A. Fraser, Oxford, 1871
14. George Politzer, Principes Fondamentaux de Philosophie, Editions Sociales, Paris, 1954, p. 40
15. Bilim ve Teknik Magazine (Science and Technology), No:111, p.2
16. R.L.Gregory, Eye and Brain: The Psychology of Seeing, Oxford University Press Inc. New York, 1990, p.9
17. Ken Wilber, Holographic Paradigm and Other Paradoxes, p.20
18. Bertrand Russell, ABCof Relativity, George Allen and Unwin, London, 1964, pp. 161-162
19. Henri Bergson, Matter and Memory, Zone Books, New York, 1991
20. David Hume, A Treatise of Human Nature, Book I, Section IV:Of Personal Identity
21. Imam Rabbani, Hz. Mektuplarý (Letters of Rabbani), Vol II, 357. Letter, p. 163
22. Imam Rabbani, Hz. Mektuplarý (Letters of Rabbani), Vol II, 470. Letter, p.1432

2004 Harun Yahya International. Semua material dalam laman ini boleh disalin semula, dicetak, diedar dan diterbitkan secara percuma