Keabadian Baru Bermula - Harun Yahya
Keabadian Baru Bermula



PENGENALAN
Apa maksud pengertian 'keabadian' bagi diri anda?

Seseorang biasanya mengaitkan keabadian kepada suatu bentuk seperti beribu, berjuta atau beribu juta tahun. Konsep masa seperti ini menganggap jangka waktu yang abadi. Hal yang sama, konsep 'jarak yang tidak terbatas' merangsang minda dengan pengertian suatu jarak yang amat jauh, seperti beratus atau beribu juta tahun cahaya.

Akan tetapi, sekiranya kamu berusaha menggambarkan angka-angka besar yang mungkin sekalipun, kamu akan tetap terbatas oleh kapasiti intelek akal kamu. Satu contoh yang boleh memberikan gambaran yang baik mengenai keluarbiasaan batas keabadian. Sekiranya berjuta-juta manusia menghabiskan masa kehidupan mereka selama berjuta-juta tahun, hanya mengira siang dan malam tanpa henti, mereka akan tetap gagal untuk sampai kepada keabadian kerana keabadian adalah satu konsep yang tiada permulaan dan tiada berakhir.

Bagaimanapun, di dalam pandangan Allah, Maha Agung, konsep 'keabadian' ini ataupun kemutlakan yang tidak dapat diperhitungkan, telah pun berakhir. Keabadian, yang jelas kepada kita sebagai satu konsep yang tidak terbayangkan, hanyalah umpama sekilas detik dipandangan Allah.

Buku ini mengemukakan kepada anda penerangan-penerangan yang kukuh mengenai konsep masa-sifar, ruang-sifar dan keabadian, dan menemukan anda dengan satu fakta penting: keabadian baru bermula. Dengan menyedari fakta ini akan membuatkan anda menghargai semula rasa keimanan kepada Allah, Maha Agung dan Maha Besar, dan PenciptaanNya. Sementara itu, kamu akan mendapat jawapan yang komprehensif kepada soalan-soalan yang sering dikemukakan: Di mana Tuhan? Apa itu Kebangkitan? Apa sifat sebenar Kematian? Adakah di sana kehidupan yang kekal? Dan bilakah semua ini akan terjadi?.

Tetapi, sebelum meneruskan perbincangan semua isu-isu ini, konsep-konsep seperti "realiti kebendaan' dan 'masa-sifar',akan diterangkan secara terperinci untuk pemahaman yang lebih komprehensif mengenai subjek di atas.

    
2004 Harun Yahya International. Semua material dalam laman ini boleh disalin semula, dicetak, diedar dan diterbitkan secara percuma