PENGENALAN
Seimbas pandang, anda mungkin berasa keliru mengenai
tajuk "Agama Batil" oleh kerana 'agama' seperti mana yang difahami umum
biasanya dikaitkan dengan wahyu samawi. Selain itu, terdapat juga beberapa
kepercayaan lain yang dipanggil sebagai 'pseudo agama' seperti Buddhisme
dan Hinduisme. Seperti mana yang tertulis 'Agama Batil' adalah suatu
konsep yang menolak agama sepenuhnya dan menafikan kewujudan Allah s.w.t.
Akan tetapi hari ini, di setiap sudut dunia terdapat
beberapa sistem kepercayaan seolah-olah agama yang menjadi anutan walaupun
tidak dinamakan sebagai sebuah ajaran 'agama'. Di dalam buku ini, apa
yang kami maksudkan sebagai agama batil adalah ideologi seperti materialisme,
komunisme, Darwinisme (asas saintifik bagi ideologi tersebut) dan beberapa
sistem lain yang berasaskan kepada kemungkaran. Ini adalah kerana seiring
dengan peredaran masa, semua anutan ini bertukar menjadi sebuah konsep
yang lengkap dengan sistem dan praktik kepercayaan yang tersendiri.
Bahkan, masing-masing memiliki pemimpin idola dan sumber rujukan yang
kekal menjadi pegangan para pengikutnya. Agama batil yang tersebar begitu
meluas dan menarik jumlah penganut yang besar dengan berusaha menjadikan
'agama batil' ini mengatasi dan menentang keadilan dan agama yang hak
(iaitu Islam) secara berterusan dengan menerbitkan pelbagai buku dan
artikel untuk menyebarkan propaganda dan sentimen sebagai suatu sokongan
terhadap agama buatan mereka.
Di antara halangan yang paling besar dihadapi oleh para
penganut sistem ini adalah kitab suci Al-Qur'an, iaitu satu-satunya
panduan menuju ke jalan benar yang diwahyukan oleh maha suci Allah.
Al-Qur'an memperincikan keterangan mengenai jihad besar iaitu menentang
agama batil dan mengamanahkan para mukmin dengan tugas yang mulia ini.
Hari ini, tugas mendedahkan kepalsuan sistem yang menyeleweng dan seterusnya
memberikan komitmen yang tinggi di dalam usaha ini adalah suatu amanat
penting yang tersandar di bahu setiap mukmin.
Sepanjang abad ke-20 sehingga ke saat ini, agama batil
ini untuk pertama kalinya dalam sejarah tersebar begitu meluas. Di dalam
al-Qur'an, pengikut sistem agama yang batil membantah dengan yang batil
agar dengan demikian mereka dapat melenyapkan kebaikan dan mereka menganggap
ayat-ayat Kami dan peringatan terhadap mereka sebagai olok-olokan. Surah
al-Kahfi: 56. ini adalah mengapa khususnya di era kita, adalah merupakan
suatu kepentingan yang besar untuk menyertai jihad suci yang disebutkan
di dalam al-Qur'an dan membatalkan setiap asas sistem agama ini dari
sudut asas ideologi.
Allah s.w.t menyertakan maklumat yang penting kepada
para hamba-Nya yang bertanggungjawab memikul tugas mulia ini di pundak
mereka:
Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada
yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya maka dengan serta merta
yang batil itu lenyap. Surah al-Anbiya: 18
Dengan itu, apa yang menjadi tujuan kami adalah
untuk memusnahkan kepa suan dengan mendedahkan asas kebenaran mengenai
materi dan juga mengenai teori evolusi Darwin yang akan dibentangkan
di dalam lembaran seterusnya.